DIY Goodies Kanak-Kanak untuk Majlis Akikah
DIY & idea goodies kanak-kanak untuk majlis kesyukuran akikah | Goodies ni, Bie buat untuk akikah Naura bulan 8 hari tu. Bie buat 2 jenis, 1 versi mak bapak (next post), 1 lagi versi kanak-kanak. So, yang ni versi kanak-kanak.
Bie buat seperti mini hamper. Dalamnya ada ;
1. SET ALAT TULIS - Bie beli kat kedai eco. 1 set cuma 2.10. Nasib baik kedai ni ada kat belakang sekolah Naqib. Bie terjah sana je.
2. KOKO CRUNCH - Bie beli 1 plastik besar 18.00, ada 20pcs.. Yang ni pon, Bie beli kat Shopee je. Almaklum, asyik bizi je nak pergi memana.😆
3. CHOCOLATE DRINK FARM FRESH ni, Bie beli 1 karton dengan runner agen air farm fresh ni. Terus dia hantar depan pintu umah. 1 karton untuk air coklat RM50 kalau x silap Bie.
4. GULA-GULA 8 - (tah apa nama sebenar dia) hehe.. Bie beli bersekali dengan kedai jajan yg jual Koko Crunch tu. Sekaligus senang. Tak silap, 1 kotak cuma 8.00, dalamnya ada 30pcs.
Semoga bermanfaat n boleh jadi idea untuk kalian juga. 😘😘😘
**Tambahan colouring set, whiteboard, puzzle Little pony tu Bie beli kat Kedai ECO juga & letak tepi tu. Supaya kanak-kanak ambil dan main-main sementara mak bapak dia berborak. Jadi, tak adalah budak2 menangis ke, buat hal ke ajak balik. Hehe.. Sebab kita dah hidangkan diorang entertainment. 😆
Ada pengalaman n idea diy goodies yang lain? Jangan segan-segan share dengan kawan di Facebook Group : DIY Hari Jadi Anak-Anak
Sekian..
Nabiha Mohd Mashut
0 Ulasan
Terima kasih kerana sudi bertandang ke nabihamashut.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx