DIY Dekorasi Hiasan Meja Candy Buffet Akikah | Assalamualaikum semua, saja Bie nak throwback sikit hiasan deko yang Bie buat sendiri masa akikah anak ke-3 Bie bulan 8 tahun lepas. kebanyakkannya Bie gunakan semula apa yang ada. bakul tu paling epik sebab daripada zaman sebelum kawin lagi dia dah wujud dah.



Hiasan Meja 'Candy Buffet'

Hiasan meja Candy Buffet ni sebenarnya tak susah mana pun. Korang cuma perlu tentukan menu apa yang nak dihidangkan nanti. Kalau nak manisan macam kek-kek, buat senarai. kek apa yang korang nak. Bie lebih suka kek dan kuih sebab jenis universal. Semua orang suka makan. Bie tak letak candy atau gula-gula untuk kanak-kanak sebab, untuk kanak-kanak kita dah bungkus dalam goodies


Antara bahan-bahan yang perlu ada ialah;

1. Meja



2. Kek & Pemanis Mulut

Semua manisan ni, Bie tempah je pada pengusaha pengusaha kek disekitar Kota Tinggi.
Bie selalunya cari mereka di Instagram dan Facebook dengan beberapa keyword 
#KekKotaTinggi #KuihJohor dan sebagainya. Jadi, ingat ye para pengusaha #hashtag sanga-sangat penting dalam setiap posting korang disosial media. Mudah untuk pelanggan mencari anda.


3. Belon



Helium ballon ni, Bie pam sendiri je guna helium gas yang Bie beli online kat Shopee. 1 tong hanya dalam lingkungan harga RM100++, boleh dapat dalan 50 biji belon. Kalau tak habis boleh simpan untuk acara seterusnya.

4. Bekas Makanan, Pinggan, Bakul dan lain-lain




katering ni, pun susun sendiri.


Buruk beno muka aku masa ni. ahahahaha..



Tak dilupakan, meja untuk menulis kedatangan tetamu supaya mengikut SOP, sediakan juga bersekali dengan MySejahtera ye. Free je register tu.



Anak dara ke-2 berposing depan Kek Marble Jelita. 
Kek ni, sedara mara yang bagi. Tapi tak ingat siapa. Terima kasih kepada yang memberinya.
Semoga Allah melipat gandakan rezeki kalian. Amin..

5. Bunting/Banner



Bunting ni Bie tempah dekat Big Idea Printing, Klang.1 kaki cuma RM1.00 sahaja. Design untuk bunting dan banner buat sendiri. Siapa nak Bie share dengan dia cara buat banner dan bunting sendiri. Komen cepat!


Papa dan Nur Naura, anak ke-3

Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian ini. Esok kita sambung lagi dengan perkongsian yang lain ya. Insya'allah.

4 Ulasan

  1. Balasan
    1. Sangat2 puas ammi. Semuanya hasil kerja sendiri kan..

      Padam
  2. Bila dah deco-deco, benda yang nampak asalnya biasa-biasa je jadi aesthetic pula

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. kalau kita tak fuba, tak tahu kan 🥰

      Padam

Terima kasih kerana sudi bertandang ke nabihamashut.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx