Pengenalan Latar Belakang

Nabiha Mashut atau nama sebenar Nabiha Mohd Mashut, dilahirkan di Johor Bahru, Johor pada 30 Oktober 1989, seorang penulis karya kreatif dan blogger sejak dibangku sekolah menengah lagi. Mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang IT, namun gemar dengan aktiviti seni, sastera seperti penulisan puisi dan cerpen serta melagukan syair/gurindam. Beliau juga amat meminati projek-projek DIY, seni tulis/lukis dan kraf sebagai hobi dalam mengisi masa lapang dan berkongsi di sosial media.

Membangunkan perniagaan hijab dan pereka fesyen muslimah di Malaysia dibawah jenama MARHUNA, iaitu nama ibunda beliau. Kini, aktif merekacipta desain-desain hijab dan aksesori muslimah yang 'fashionable', unik, cantik dan bermutu tinggi di www.marhuna.com


Biodata Nabiha Mashut

Nama Penuh: Nabiha Mohd Mashut
Nama Pena : Nabiha Mashut/ Bie Mohd/ Gadis Merah
E-mel : nabiha.mashut@gmail.com
Blog : http://www.nabihamashut.com
Facebook : Nabiha Mashut
Twitter : nabihamashut
Instagram : @nabihamashut
Youtube : Nabiha Mashut
Asal : Kota Tinggi, Johor.
Pekerjaan :
  • Usahawan Fesyen Islami
  • Blogger & Penulis Sepenuh Masa (Kini)
  • Pemilik Marhuna Apparel, Malaysia (www.marhuna.com)
Taraf Perkahwinan : Berkahwin (3 cahayamata)

Pendidikan

  • SK Tun Dr. Syed Nasir, Felda Pasak (1996-2001)
  • SMK Tun Habab, Kota Tinggi (2002-2006)
  • Diploma in Computer Science, UiTM, Segamat, Johor (2007-2010)
  • Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Maklumat, UiTM, Shah Alam, Selangor. (2011-2012)
  • Sarjana Teknologi Maklumat,  UiTM, Shah Alam, Selangor. (2016)


Pencapaian / Penglibatan

  • Anugerah Sastera Johor 2021 - Kategori Puisi Eceran (Bunga Kebebasan)
  • Hadiah Pertama - Pertandingan Baca Naskhah Melayu Klasik Malaysia 2022, Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Sempena Hari Buku & Hak Cipta Sedunia.
  • Hadiah Pertama - Pentandingan Menulis Cerpen peringkat Universiti, usahasama Universiti Teknologi MARA dan Kelab Karyawan UiTM Johor, 2008.
  • Naib Johan dalam e-education for e-generation Photographic Competition, University Carnival in e-Learning (UCEL), Universiti Teknologi MARA, 2013.
  • Haidah Pertama - Rekaan Poster ICT Carnival, anjuran Fakulti Sains Komputer & Matematik, UiTM Shah Alam, 2011


Sejarah Kerjaya

  • Managing Director, Marhuna Apparel, Malaysia
  • System Engineer, Northport (M) Berhad
  • IT Project Manager, Touch n’ Go Sdn. Bhd
  • Business Analyst, Protech Synergy Sdn. Bhd
  • Business Analyst, Technodex Sdn.Bhd
  • Web Developer, NSTP (Malaysia) Bhd (Formely known as Media Prima Berhad)
  • Sales Coordinator, Watsons Malaysia


Cerpen

  • Salam Akhir Buat Sahabat - Majalah SURIA
  • Dendam Terlerai Dihujung Keinsafan - Fokus SPM, September 2006
  • Tenggelam dalam Keredaan - Dewan Sastera (Sisipan Tunas Cipta)
  • Gesekan Kematian - Dewan Siswa
  • Sekilas Kasihmu - Tunas Cipta
  • Angka Berkembar Cerdas di Pengkalan Nager - Dewan Kosmik, 2012
  • Titipan Rindu - Fokus SPM, November 2012


Puisi

  • Kemelut Ikan - Majalah SURIA, 2004
  • Dendangan Zikrullah - Tunas Cipta
  • Maw'izhah Hasanah (Peringatan yang Baik) - Harian Metro (Sisipan Varsiti)
  • Siulan Si Tua - Berita Minggu
  • Putih - Berita Minggu
  • Mencanting - Harian Metro
  • Tembok Petang - Dewan Siswa
  • Tiket Kecewa - Majalah Remaja
  • Jajahan Jati Jaya - Antologi Suara Bukit Timbalan
  • Warna Alam - Tunas Cipta
  • Permainan Hati - Remaja, April
  • Segak Bergaya - Dewan Siswa, Mac 2007
  • Pembunuh Masa - Dewan Sastera, Ogos 2007
  • Rumahku Pulau Banjir - Dewan Siswa, Ogos 2007


Syair

Syair Ratna Pakaja I - Legasi (Edisi Berani) Bil.2


Gurindam

Gurindam Rintihan Al-aqsa - Tunas Cipta (Deklamasi di MRSM, Negeri Sembilan)


Antologi bersama

Sajak Jajahan Jati Jaya - Antologi Suara Bukit Timbalan (Sempena 50 tahun Kemerdekaan Malaysia)
Cerpen Liga Cinta Juara - Antologi Mudahnya Move On! 19 Karya Bangkit Selepas Putus Cinta (Terbitan Lejen Press Sdn. Bhd.)


Surat/Pendapat/Artikel

Penghayatan Sastera dalam Karya Popular - Berita harian, Januari 2010


Aktiviti & Penglibatan Seni & Sastera

  • Menyertai Bengkel Penulisan Sajak Peringkat Negeri Johor Anjuran Yayasan Warisan Johor (YWJ), 2005 di Hotel Mayres, Kota Tinggi, Johor.
  • Minggu Penulis Remaja 2006, wakil negeri Johor Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka di Port Dicksons, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.
  • Diskusi Novel & Kumpulan Puisi Mantan MPR 2008 Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka di Dewan Seminar Tingkat 2, Dewan Bahasa dan Pustaka 2, Kuala Lumpur.
  • Perhimpunan Penulis Muda Nasional (PPMN 2009) Anjuran PENA di Puteri Resort, Melaka.
  • Diskusi Alumni MPR 2009 Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka di Menara Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • Kembara Puisi e-sastera.com anjuran Persatuan e-sastera.com di Ulu Tembeling, Pahang.
  • Bengkel Program Kemahiran Sastera dan ICT 2009 (PrOKSi) Anjuran e-sastera.com di Pusat ICT, BAngunan SSAAS, Shah Alam, Selangor.
  • Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa Pangkor (PULARA), Pulau Pangkor, 2011.


Dikemaskini pada Jun 2022