DIY Veil Tudung ala Farah AF
Holla! Alhamdulilah, hari ini kita masih diizinkan bertemu
lagi dalam segmen DIY bersama Cik Bie
di Blog Jalinan Cinta. Hahaha.
Lepas ni, boleh la buat talkshow ek?
*Verangan
Hehe.. Pagi2 lagi B2B Miz Sharmia dah post komen
Katanya nak tahu cari DIY Veil Tudung yang Cik Bie
dah janjikan semalam. Hehe
Niat hati baru nak peram entri.
Alamatnya kalau peram 2-3 hari la baru entri ni keluar
hehee.. xpela, demi mia. dan B2B lain.
Saya Share lagi cara-cara buat
VEIL TUDUNG
ini
Tarra, ini Veil Tudung saya sesuai untuk majlis pertunangan |
Bahagian Belakang |
Bahagian Depan (alamak, nampak cam po***g la pula) heheheeeee *mengilai |
Untuk makluman semua,
Veil Tudung ini adalah hasil gabungan terus
Veil dan Tudung
Cik Bie tak buat asing-asing
Terus sekali combine dan jahit terus ke atas tudung yang
dah dibeli tu, ini kerana..
Kalau kita pin-pin, bagi cik bie macam kurang kemas
dan mungkin terbonjol sana sini
(bagi pandangan cik bie la, tapi mungkin pandangan orang lain tak)
Maka,
cik bie ambil keputusan untuk jahit
secara kekal veil tersebut ke atas tudung
ketika sesi menampal patch
Sejarah
Kain Net, Cik Bie beli di KAMDAR, Galleria Kotaraya, Johor Bahru
dengan harga RM3.20 semeter, Cik Bie beli 2 Meter untuk veil ini
Cari Kain Net yang lembut untuk hasil yang beralun
bukan yang keras dan kejung tau
Sesiapa yang suka Chiffone, boleh guna juga.
Tudung, beli di Rahimah (kedai borong tudung
yang dilanggani oleh ibu cik bie) di Kota Tinggi
dengan harga RM8
Modal lain-lain hanyalah manik-manik
berwarna pink dan creme
2-3 bungkus biasa
Total Kos Veil Tudung ini, hanya
tidak lebih, tidak kurang dalam
lingkungan harga RM17
sahaja
Lipat 2 kain net yang dah dibeli, gunting separuh bulat Bila dibuka, bentuknya akan seperti Huruf D |
Close up, patch daripada baju, ditampal ke Veil dan embedded ke tudung Jenis jahitan : Tali Air (biasa) |
Close up, Tepi Net Veil |
Tepi net veil, cik bie tak jahit tepi mesin, cik bie buat manual
guna tangan dengan jahitan tali air juga,
Lipatkan ke dalam dan jahit.
Lepas habis jahit keliling Veil
Jahit sekali lagi dengan disertai manik/beads
mengkiut cara dan kepakaran anda menjahit manik
Cara, jahit manik untuk tepi veil cik bie
Cik Bie gunakan manik kecil2 dengan cara jahitan menegak
dan Jahitan Tali Air juga
*haha.. xhabis2 jahitan tali air (tu je yang aku reti)
Untuk Tudung |
Jahitan tengah tudung ni, Cik Bie bukak dan
hanya tinggalkan jahitan di pangkal leher sahaja,
seperti dibawah ni
Jahitan masih kekal di pangkal leher |
Kemudian, Cik Bie Jahit tepi halus/kecil dengan mesin
keliling tudung tersebut, bagi nampak kemas,
masa jahit tepi tu, tarik tudung tu supaya hasil jahitan
nampak beralun dan berombak rindu
Semasa, Cik Bie buat Veil Tudung ni,
Cik Bie ambil inspirasi daripada Veil Tudung Pernikahan Farah AF
Dan hasil kepada Veil Tudung Cik Bie
Adalah seperti dibawah
Semasa memakainya, tariklah kekiri dan kekanan
Sematkan dengan pin dengan kemas
Ataupun, gunakan cara pemakaian tudung yang u'ols fikirkan
selesa dengan diri u'ols dan sesuai dengan u'ols
Nota KakiTangan:
Oh! Saya akan tetap DIY Veil untuk
semua majlis besar saya nanti.
Selamat men DIY Veil Tudung kalian
Selamat men DIY Veil Tudung kalian
Love, Cik Bie
32 Ulasan
cik bie ni memang kreatif la.. cantik taw! :)
BalasPadamoh, okey, baru paham tudung tu tak dijahit bawah panjang macam tudung lain...
BalasPadam=)
thanks cik bie...
wah....tq..tq... cmtu plk eh. nice n kreatif. okey, inspirasi sdh ada dlm otak ni. hehe. tegs again ye bie.
BalasPadamDira :
BalasPadamTQ dira, tapi xda la kretif mana pon. Still kena ada insprirasi juga. Hehe
Nisa Dawi :
BalasPadamAah.. Cik bie alter tudung tu ikut sedap hati je. hehehe ;) Sama-sama.. :)
Miz Sharmia :
BalasPadamHehe. Sama-sama.. yup! hope dapat membantu dan memberi inspirasi :)) Good luck mia..
owh..mcm tu, cntik gak kan. Kemas sikit kalo jahit sekali ngan tdung.'
BalasPadameh..cantiknye Farah AF kan, suke tgok baju nikah dia. Gojes
LiNda :
BalasPadamNi bahana terinspirasi dengan Farah la ni. hehe.. sweet n simple kan baju dia. Suka juga ;))
pandai!
BalasPadamMunnafendy :
BalasPadamhehe. mari belajar sampai pandai! hehe
cantik.puas hati dgn hasil diy kan.
BalasPadamSarahSyafiq :
PadamMemang puas hati, mestipun dia terdiri daripada material yang murah. Tapi, dia tetap jadi pujaan hati sendiri. Hehe. Kalau beli pun, belum tentu material yang dia guna tu mahal. Harga je markup lebih2 sambai beratus2 kan? hakikatnya murah je..
cantik la! gojes betul idea cik bie ni!
BalasPadam~ a for ana ~ :
PadamTQ ana.. Nextime boleh la ana cuba DIY juga benda ni. Senang je ana :))
nice..nak ikut boleh??tgh pikir2 lg ni
BalasPadamoya :
Padamits ok oya.. teruskan berfikir.. :))
salam cik bie..
BalasPadambaju tunang tue cantik sgt..
ce story cikit psl baju tue pls..
Wasalam.. Cik Bie dah ada cerita.. di entri Tunang Outfit :)
Padamomaigod.cantiknya!!!
BalasPadamterus i pun nak DIY veil jugak.beli siap punyela mahai~
pastu nk jahit tali air jugak.hikhik
Ya, silakan, sangat jimat dan murah.. labih lagi, mengikut citarasa diri. haha :) Good luck ya :)
Padamkeren
BalasPadambagus
BalasPadammantap
BalasPadamsemoga bermanfaat
BalasPadamtips yang bagus
BalasPadambahannya apa aja pak?
BalasPadammantaf gan
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadambagus...
BalasPadamcantiknya..<3
BalasPadamwaaa cantiknyeee....thanks share..dah dpt idea dah nak wat veil. kalau beli siap punyala mahal sampai beratus2. sesuai utk majlis tunang sy ni. jimat sgt. thanks cik bie =)
BalasPadam@[CoRn_HeLiuS] Sama-sama, selamat ber DIY
BalasPadamTerima kasih kerana sudi bertandang ke nabihamashut.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx