Assalamualaikum w.b.t, terima kasih kerana masih sudi membaca blog Bie yang dah bersawang ni. Lama betul tak menulis blog, tersadai dan terbiar sepi je dia sejak zaman sekarang ni dah ada banyak platform sosial media macam Tiktok, IG, Lemon8 dan banyak lagi. jadi Bie banyak buat video/Reels je sekarang ni. Pssts.. jangan lupa follow Bie kat @nabihamashut ya.

Tapi sekali sekali, rindu jugak nak dengar bunyi ketak, ketuk mengetuk (baca:menaip) keyboard ni.

Kadang-kala, ramai orang cakap menulis blog ni dah tak releven dah. Tapi, esok lusa kalau orang meng"google" cari info dalam blog juga kan? Jarang sekali kita buat search dalam Facebook atau platfrom sosial media. Maka, masih releven lagilah blog kan? ke Bie kena berhenti tulis blog? Ke macam mana?

Apalah Bie melalut ni, baiklah. Mari kita ke topik utama entri ni. Bie nak kongsikan Pengalaman Bersalin Anak ke-4 di Kota Bharu Medical Centre (KBMC) pada 11 April 2023 yang lepas dan pakej bersalin di KBMC. Ceritanya bermula macam ni, seperti anak-anak yang lain. Bie rasa nak bersalin semuanya ikut rasa hati je, sakit tu dah ada tapi bukan sakit yang kuat atau kerap macam contraction yang biasa. Cuma perut dah tak rasa selesa, baby pula dah mula mengeras dan mengendurkan badan.


Kalau nak ikut sejarah anak-anak sebelum ni, semua anak bersalin pada 38 minggu. Cuma Naqib (anak sulung) yang lahir pada 38 minggu 2 hari. Tapi masih lagi, dalam lingkungan 38 hari tu. Jadi, Bie dah boleh jangka. Mungkin anak ke-4 ni pun macam tu. Nah! bila masuk 38 minggu memang Bie dah ada rasa sakit. 

Jadi, esoknya bila ibu Bie dah sampai di Kelantan, Bie pun terus ke hospital. Persis seperti kata hatiku, ceewahn dah ada bukaan 2 cm pagi tu. hati dah berbunga riang dah sebab dah jangka akan bersalin pada hari yang sama. Jeng.Jeng.Jeng.. Doktor suruh duduk dalam wad dulu sementara menanti bukaan cukup 4cm. Bila masuk je dalam wad, secara automatik sakit tu hilang. Hati dah berdebar dah, alamak kenapa tak rasa sakit ni. 

Petang tu, doktor cek bukaan sekali lagi. Memang masih 2 cm tanpa berganjak. Sepatutnya, Bie kena bersalin hari yang sama juga. Semua makanan untuk persediaan bersalin Bie dah balun tau, memang bersedia sangat-sangat nak bersalin hari yang sama. Jadi doktor nasihatkan untuk ambil induce belon, lebih kurang macam dalam gambar ni untuk merangsang bukaan jadi lebih cepat.


Pakai induce belon ni memang sumpah tak selesa langsung tau, tambahan lagi inilah pengalaman pertama Bie kena induce. Bebanding anak-anak yang lain, semuanya keluar tanpa paksaan. Tiba-tiba anak yang no-4 ni selesa sangat duduk dalam perut mama sampai kena paksa keluar. Malam tu, Bie tunggu dengan penuh debaran. Siapa tahu belon tu jatuh dan bukaan dah cukup 4cm kan. Alamatnya bersalin malam harilah kita nanti. Bie pun ikhtiar juga dengan petua minum air milo dengan planta, malam tu juga Z keluar pergi beli planta untuk bini dia. Lucu juga bila diingat-ingat semula. Punyalah takut kalau tak ada progress bukaan.

Tapi, esoknya masih tak ada apa-apa yang berlaku. Tahap berdebar tu, tuhan je yang tahu macam mana, masa tu sempat jugalah menangis kat husband sebab takut sangat-sangat kena C-Sect. Sampailah doktor datang dan buat cek sekali lagi, rupa-rupanya bukaan dah 4cm dah masa tu. Bie langsung tak rasa sakit dan belonnya pun tak jatuh. Magik betul pengalaman bersalin kali ni.

Lepas sarapan, Bie pun bertolak ke LR. Masa ni memang jalan laju dengan selambanya masuk LR sendiri tanpa wheelchair macam tak sesabar nak beranak gayanya. Sakit semakin kuat lepas doktor mula pecahakan air-ketuban. Alhamdulilah, lebih kurang sejam lepas tu, lahirlah seketul Zinnira diatas muka bumi Allah SWT ini.

Seketul Zinnira dengan berat 3.8kg

Selepas azan dalam labor room, Papa azankan buat kali ke-2 dalam wad pula.

Semua servis di KBMC sangat-sangat memuaskan hati. Bie ambil Bilik Single VIP, biliknya cukup luas, besar, ada peti ais dan ada sofa besar untuk memudahkan orang yang menunggu untuk tidur atas sofa tu. Makanan pula semuanya memang sedap-sedap sangat terutamanya nasi goreng. Setiap pagi, Bie memang pilih nak sarapan nasi goreng dia. Hehe..

Nasi goreng sangat sedap, macam kat restoran tau.

Sekian sajalah perkongsian pengalaman Bie ketika bersalin anak ke-4 di KBMC. Tak sangka pula, pengalaman bersalin kali ni betul-betul berbeza daripada yang lain-lain. Sungguh! Zinnira ni anak bongsu kot. Takut nak hadap pengalaman bersalin lagi, hati dah tak berapa kental macam dulu dah. Ini pula makanan berpantang pertama yang Bie nikmati selepas selesai semua proses dan prosedur kelahiran.

Nasi Ayam Halia & Sup Sayur

Bagi yang sedang mencari-cari tempat untuk bersalin di sekitar Kelantan, KBMC antara yang dapat memberikan servis yang baik, selesa dan memuaskan hati mengikut pengalaman Bie yang dah beranak empat ni, 1 kali bersalin di hospital kerajaan dan 3 kali di hospital swasta. Ini kadar harga yang dicas sebagai rujukan semua yang memerlukan.  Pakej bersalin di KBMC



Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian ini. Esok kita sambung lagi dengan perkongsian yang lain ya. InsyaAllah. Jemput follow IG Bie : https://www.instagram.com/nabihamashut

0 Ulasan