Salam buat semua peminat setia rancangan olok-olok kat Blog Cik Puan Bie
cewaaahh... Hari ini Bie nak kasi up tutorial  atau DIY

DIY Crepe Paper Flower

Walaupun Bie tahu, 
dah ramai sangat orang yang buat tutorial ni
tapi, dek kerana memenuhi permintaan 
B2B Fatin Nadhirah



Bie pun kasi up entri ini sekali lagi untuk taun 2018 untuk tatapan
Cik Fatin dan sekalian B2B yang lainnya. Yok.! mula DIY Crepe Paper Flower ni



Berikut adalah bahan utama, 
Crepe Paper (1 keping = RM0.60)
dan dawai bunga (1 bungkus = RM1.00)


Untuk bunga Bie, Bie pakai dawai no.26, sebab dia agak keras.
Jadi, bunga kita tak meliuk lentuk 
bila dililit pada batang lidi sate nanti (untuk kegunaan bunga telur)

Kalau nak lagi keras, boleh guna dawai yg lagi rendah nombornya
sebelum ni, Bie dah cuba guna No.30
Sangatnlah lembut. uhuhuhu..

Kemudian, Bie lipat 2 bahagian pada 1 batang dawai tadi
seperti dalam gambar dibawah


Barulah boleh dipotong


Buatlah, sebanyak yang dirasakan perlu
1 bungkus dawai ada 50 batang, 
jadi, setelah di potong 2,
u'ols secara tak langsung dapat 100 batang 
dawai untuk kegunaan membuat 
Crepe Paper Flower

Bagi cara memotong crepe paper,
u'ols boleh lihat keratan rentas dibawah
potong mengikut garis putus-putus seperti dibawah

Maka, u'ols akan dapat sekitar 24 keping
crepe paper flower yang berbentuk 4 segi tepat


Contoh memotong line merah seperti dalam rajah keratan rentas di atas 

Kemudian, ambil 4 helai crepe paper yang siap dipotong 
untuk meneruskan langkah seterusnya
 bagi 1 crepe paper, u'ols akan dapati,
u'ols dapat 6 set crepe paper
1 set = 4 keping


Selepas itu, gabungkan keempat-empat crepe paper tadi 
dan lipatkan ia supaya menjadi seperti lipatan kipas



Setelah siap lipatan hingga ke hujung crepe paper,
ambil batang dawai yang telah siap dipotong 
untuk meneruskan langkah seterusnnya


Letakkan dawai dibahagian tengah crepe paper 
(yang siap dilipat)
dan pintal dawai berkenaan




Setelah itu, gunting bentuk separa bulat di hujung
kiri dan kanan crepe paper yang telah siap
dilipat itu tadi.


Hasilnya akan jadi seperti ini.


Kalau, majlis lama lagi. Boleh simpan dalam bentuk ini
If dah dekat baru kembangkan bunga crepe paper kita
seperti langkah dibawah.


Kembangkan bunga tersebut,
asingkan sehelai demi sehelai, helaian yang kita cantumkan sebelum ini
supaya dia dapat membentuk menjadi sekuntum bunga


 Bunga Crepe Paper, setelah siap di kembangkan.


*Pandangan Atas*


*Pandangan Bawah*

Nota KakiTangan :

Siap sudah DIY Crepe Paper Flower Bie ni,
selamat mencuba kepada semua yang mahu DIY
dengan bunga ini yang cantik dan semestinya comel. Hiks :D
Good luck buat semua!

Moga bertemu dilain waktu hendaknya
Love u'ols

42 Ulasan

  1. Senang kan? Dah la murah, cantik pulak tu.hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju dengan ana!. Yup sangat murah. 1 kuntum lebih kurang seposen je harganya. Berbaloi-baloi kan?

      Padam
  2. creative nye ! Nak try la nnti :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. jangan lupa mencuba ya alyn.. Good luck! :))

      Padam
  3. Senang kn buat dia..tp linda mule2 fail gile bab lipatan nk dptkn saiz dia tu..oh,tu ye size dwai yg sesuai,aritu linda trsalh bli saiz dawai yg halus..mmg liuk lentuk la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah, sangat senang kan linda? linda sama dengan bie. at 1st dulu pon guna dawai yang lembut, dawai no.30 sangat lembik. terliuk lentuk la akibatnya kan? hahah :D

      Padam
  4. i loike purple..hahaha..cantik la bie..nak try buat juga..tp tunggu la dl..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeaay! sama.. cik bie pun suka kaler ungu :))

      jangan lupa buat ya ain :))

      Padam
  5. izfa wat gini i gak utk pomander ball kt bilik.. huhu.. nmpk sgt izfa xreview apa2 psl wedding.. sgt mls kan.. suka usya blog org jer.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat la izfa, mana tau boleh jadi pedoman n buah fikiran kpd yg lain kan? :))

      Padam
  6. Terima kasih Cik Bie...love it...nak tany crepe paper in bulk CIk Bie beli kt ner yer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama.. kat mana2 kedai bunga ada jual fatin, kat kedai stationary pun ada.. cakap je crepe paper untuk buat bunga.

      Insya'allah ada jual

      Padam
  7. Cik Bie agak confuse la cmne Cik Bie potong kertas crepe 2...Fatin x faham...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kertas tu saiz besar, mula2;

      1. lipat 2 menegak,
      2. lipat 4 kali lipatan menegak.
      3.gunting sehelai demi sehelai lipatan menegak tu,
      4. Kemudian baru lipat secara melintang sebanyak 2 kali. ikut garis merah putus2 tu

      Padam
  8. yayyy! crepe paper flower mmg comel dan senang nak buat ;)

    BalasPadam
  9. cantik dan nampak mcm senang! thanks bie! =)

    BalasPadam
  10. i buat guna tisu :)http://perjalananutaraselatan.blogspot.com/2012/03/diy-tissue-flower.html

    BalasPadam
  11. fyka wat cara yg sama tp gna tisu..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. guna tisu pon boleh kan? hehehe.. lebih jimat rasanya

      Padam
  12. cik bie, how to contact u through email dear? really need your help..ada letak link email kat man2 ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok, boleh, hanisah hantar ke blog.jalinan.cinta@gmail.com
      kita communicate disitu ya :)

      nanti cik bie letak emel ni di side bar

      Padam
  13. teringin nak buat. nampak cantik. :D

    BalasPadam
  14. Hi Cik Bie banyak informasi saya dapat bila masuk blog Cik Bie

    Saya B2B juga tapi tak start apa lagi, so bila tengok tutorial ni rasa semangat pula.

    Thanks banyak informasi dapat, mungkin lepas ni akan banyak bertanya kat Bie :)

    BalasPadam
  15. saya dah buat cik bie..mmg cute sgt...suke~~
    terima kasih =)

    BalasPadam
  16. cikbie~ how to lipat2 jd bunga2 die tu? haha. fail betul la bab2 DIY ni T_T

    BalasPadam
  17. cantek dan senang je nak buat kan..nanti boleh diy utk majlis sy pulak :)

    BalasPadam
  18. tq awak..mmg dok cari cara buat bunga nie sebab nak buat untuk majlis anak GK...

    BalasPadam
  19. tak sabar nak buat.....siyesly....im plan on diy pelamin...hihihi

    BalasPadam
  20. @nini Wahhh.. thats great!.. good luck nini. Nanti jangan lupa review dan beritahu bie tauu :D

    BalasPadam
  21. as salam....sis sye ni serius x creatif...bile buat past last nape ye x jdi mcm sis hbis satu paper dh try...yg lupatan kecik2 tu sis buat brpe kli lipat..nk jgak buat sampai jdi

    BalasPadam
  22. oo, main pakai lipat-lipat je kan? Senang je.
    kos berapa ya untuk semua ni, termasuk siap reben untuk sebatang pokok bunga ni?

    BalasPadam
  23. Assalamualaikum bie..thanks for sharing..mudah sgt..dalam perancangan nak buat..cuma tak ada ilmu tu yang mencari..jumpa pulak perkongsian bie ni..tq

    BalasPadam
  24. Thank you... great information gor me 😍

    BalasPadam
  25. sis2 semua,mana nk dpt crepe paper flower ni??sbb dh cri kt cowboy xda...adoiii...mjlis nk dkt dh ni..tnya kwn2 semua kata xtw...plis...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh dapatkan dimana-mana kedai bunga dan kedai menjual barangan hantaran pengantin.

      Padam

Terima kasih kerana sudi bertandang ke nabihamashut.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx