Alhamdulilah,
Penantian melalui tarikh keramat kami sudah berakhir
maka, ini juga merupakan titik akhir buat bie
untuk mula melupakan segala kenangan pahit
yang pernah berlaku dalam kehidupan bie

Dengan ini, bie akan buang semua entri emosi
yang tidak stabil suatu ketika dulu
emosi negatif yang melampiaskan 
nafsu amarah, benci dan dendam

Bie tak mahu simpan dan kenang lagi semuanya

Bie mahu bina kehidupan baru tanpa dibayangi kenangan silam
kenangan manis, biar jadi ingatan yang manis
dan yang pahit akan bie buang sejauhnya dari lubuk hati dan ingatan

Mohon maaf zahir dan batin juga buat semua
sama ada secara langsung atau tidak langsung
terlibat dalam masalah bie sebelum ini
khilafnya manusia, buat
bie juga terlibat sama
lebih-lebih lagi disaat bie tak stabil

Alhamdulilah
keadaan dan masa mengembalikan
sifat rasional dan membuahkan kematangan

Bie juga sudah memaafkan semua
redha dan menerima ketentuanNya
dengan hati yang terbuka

Terima kasih untuk segalanya
Moga kita semua berada dalam lindungan Allah S.W.T

Wasalam


25 Ulasan

  1. semoga bie trus tabah dan bertambah tambah happy selepas ape yg terjadi...
    insyallah... ;)

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah. semoga Bie terus kuat dan tabah ye sayang. InsyaAllah, ada jodoh yang terbaik untuk Bie lepas ini. be strong girl. :)

    BalasPadam
  3. alhamdulillah..good for u..keep on moving.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulilah.. insyaalah.. inilah yg terbaik..

      Padam
  4. bie seorang yang kuat dan tabah . teruskan perjalanan . semestinya ada pintu kebahagiaan yang lain untuk bie . chill ya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin.. hidup perlu diteruskan kan? Hehe.. moga bahagia tu milik kita semua. Insyaallah

      Padam
  5. Memaafkan dan redha dengan apa yang jadi..itu yg sebaiknya..=)
    Semoga Bie lebih tabah ;)

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah, lepaskan semua yg terpendam. Linda doakan yg terbaik utk bie, ALLAH sentiasa bersama kamu syg :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq linda.. alhamdulilah.. semuanya tetap sokong bie tak kira waktu senang susah.. alhamdulilah..

      Padam
  7. Alhamdulillah biee syg..senyum dan kembali tersenyum tgk kekuatan bie yg bkn semua org yg boleh lalui ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulilah yang.. hehe. Tq untuk doa uolss.. ;-)

      Padam
  8. Bie yang comel dan kuat.Keep on being strong.Semoga bie sentiasa happy dan diberkati dear. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyaallah terima kasih banyak2 ya sha.. :)

      Padam
  9. baru hari ni datang ke blog ni..

    tak tahu apa yang sebenarnya yang terjadi tapi mendoakan Bie untuk terus tabah hadapi semua dugaan ini..

    Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sebab sudi singgah blog cik bie..

      Dan terima kasih jugak atas doanya..

      Padam
  10. life must go on bie. insya Allah, kalau kita tabah dengan setiap dugaan, nnti di akhir nya kita akan dapat kemanisan jugak.insya Allah.jangan di kenang benda yang pahit ya.syg bie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu sarah.. hidup memang perlu diteruskan..

      Insyaallah.. akan berjuang selagi hayat masih ada

      Padam
  11. alhamdulilah semoga jiwa cik bie adalah lebih kuat selepas ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyaallah.. akan lebih kuat.. dari hari ke hari..

      Padam
  12. bie.. awk sgt tabah :) ceril doakan bie bertambah kuat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih cik ceril.. bie sangat berterima kasih kat ceril..

      Padam
  13. Bie
    Awak sangat tabah. saya tak pernah baca blog awak. tapi bile baca saya sedih.
    yes bgi saya awak sangat tabah..
    insyallah pasti ada yg baik sedang tunggu awak.

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi bertandang ke nabihamashut.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx