Sireh Junjung


Bie selalu memerhati, dalam mana-mana majlis perkahwinan
atau pertunangan. Sireh junjung atau tepak sireh pasti akan mewakili
satu antara dulang-dulang hantaran dalam majlis tersebut.


Apa signifikannya sireh junjung dalam
menjalankan majlis berkenaan?
rasionalnya membuat bie tertanya-tanya


Bila mengatur bicara mengenai perbincangan 
senarai barang-barang hantaran.
Sireh junjung pastinya WAJIB tersenarai.

Orang tua-tua mengatakan itu adalah
ADAT
dan adat itu sinonim dengan mencantik
dan memolekkan perbuatan
Ia hanyalah suatu gaya dan perbuatan
yang dicipta oleh orang-orang melayu nusantara
dan bukanlah 1 kemestian
sebab tak pernah termaktub dalam mana-mana
firman Allah s.w.t dan hadis kan?
Wallahualam

Apa-apa pun, adat membawa Sireh junjung dan tepak sireh ini
adalah mengikut negeri masing-masing
Apa yang pasti, Bie pun kurang pasti
Apa yang pasti, adat ini sudah menjadi suatu kemestian

bak kata pepatah

"Biar mati anak, jangan mati adat"

Uishhhh..
pelambangan hiperbola menunjukkan adat tu lebih penting
berbanding anak.! 

Mungkin banyak lagi penjelasan untuk isu Sireh Junjung ni
Masih relevankah, adat ini diguna pakai pada zaman ini?


Sebabnya, kalau diberikan kepada pihak perempuan
atau pihak lelaki, ratanya siapa yang makan sireh?
Selalunya sireh tersebut datang bersama-sama
kapur sireh, buah pinang, gambir dan lain-lain (apa lagi ya?)
hehehehe..

Pengakhirannya pasti dibuang ke dalam tong sampah.
hmmm...

Renungan dan buah fikiran untuk dihayati bersama

love,

Bie

9 Ulasan

  1. Good Issue here Cik Bie.

    My mom said, "Tak perlulah sirih junjung. Mama bukan makan sirih pun!".

    My futire MIL said, "Ish, itukan adat".

    Jadi saya harus bijak. Kena ambik jalan tengah. Saya plan nak guna bekas sirih (panggil apa eh?) yg silver plate tu, complete w bekas kecik". Boleh jadikan hiasan lepas majlis, drpd upah org gubah junjung sirih sampai beratus tapi akhirnya kesampah jugak.

    BalasPadam
  2. Sya pun klu buat nnti..guna yng murah2 je..jimat kos..hehe

    BalasPadam
  3. zaman dulu ada sirih junjung sbb bila jumpa, org2 tua akan dihidangkan dengan sireh, daun sireh dan kapur. Skrg ni mana nak ada dah kan? Masa Yong bertunang, tok suruh buat jg. Ikut jelah ckp org2 tua.hehe

    BalasPadam
  4. bagi yna pulak..as long tak membazir banyak untuk buat sirih junjung tu, takpelah..kalau duduk kg macam yna ni, pokok sireh dah ade belakang rumah..senang jek..takpun mintak dekat jiran-jiran yang ade tanam..tapi kalau yang takde, sampai kena beli sirih tiruan tu, yna rasa tak perlulah..membazir pulak..bukan boleh makan pun..

    for my family jugak, macam tunang haritu, tukar-tukar sirih junjung, alhamdullilah, kami still makan sirih tu, tak buang pun sebab semua nak try rasa macamana..maklumlah dah lama takde kenduri besar..hehe..

    apepun, tepuk dada, tanya poket..=)

    BalasPadam
  5. Salam..trima kasih sbb sudi singgah blog kite.....nnt time sy kawin ade buat sireh junjung.....dah siap dah pn...nnt sy share kt blog..... :)

    BalasPadam
  6. sy tunang ari tu, xda pakai sirih junjung..=) just bg hantaran brg kperluan yg sy & en.tunang pakai sj..

    BalasPadam
  7. Nice to see ur blog! http://helorigrahasarana.blogspot.com

    BalasPadam
  8. Akhlak = Adab = Adat. Carilah Rahsia Nya tentang Sireh Junjung InShaAllah Anda akan menghargaiNya. Sebab ilmu orang tua dulu lebih tinggi dari orang sekarang. Klu tentang sireh junjung ada dalam Al Qanun Fit Tib (Canon of the medicine)

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi bertandang ke nabihamashut.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx