Sambung kembali entri update mengenai
persiapan pertunangan yang tergendala kelmarin
kali ini CikBie nak share tempat yang CikBie 
ibaratkan seperti sebuah syurga bunga
dan aksesori hantaran dan pelbagai lagi
barang-barang persiapan pertunangan mahupun 
perkahwinan.

Nak tahu apa dan dimana? Aha.. cuba teka
Bukan di Nilai 3
Bukan di Jalan Tar 
Bukan juga di Ayer Hitam

Ada 1 port baru, tapi CikBie tak tahulah
sama ada tempat ni familiar atau tidak dikalangan B2B
Sekadar ingin berkongsi apa yang patut


Tapi pengalaman masuk ke sini memang mengujakan
sampai rambang mata dibuatnya
Almaklumlah sebab murah-murah belaka.

Kalau kita berbelanja RM1000 ke atas, kita akan diberikan
keahlian secara percuma, dimana kita boleh beli semua barangan
dengan mendapat diskaun sebanyak 45% gila tak gila lah kan.

Habis memboronglah jawabnya.
Bayangkan, semua barangan yang bertotal RM1000 
cuma hanya perlu dibayar dengan harga RM550 sahaja?

Buat sesiapa nak beli sedikit pun tak jadi masalah
sebab walaupun kita beli sikit, harga dia tetap murah daripada 
pasaran kat luar sana. Sebab disini adalah pembekal
dan syok beli borong lagi-lagi kedai ni fames dikalangan
mak andam/bridal sekitar KL


Wewitttt kantoi dah tempat mak andam/bridal selalu cari barang
lepas ni, senanglah B2B nak DIY pelamin/Dais sendiri kan?

Zazzz.. gambar dan beberapa lagi informasinya :)





Thats my kazen, pengasas AsyrafHelmi Touch
boleh check it out dia punya instagram kerana dia
adalah pembuat busana pengantin yang indah-indah
Credit to him. Thats all.

AsyrafHelmi Touch

Informasi tentang Syurga/ Kedai Bunga ini,
WH FLORAL TRADING SDN. BHD
No.9, Jalan Perusahaan 3,
Taman Industri Selesa Jaya,
43300 Balakong, Selangor
Tel : 03-89626811

Bye sayangs.. Love u soo much all kawan-kawan blogger tersayang

1 Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertandang ke nabihamashut.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx