MENEMUI AKU DALAM DIRIMU
Salam hari Khamis,
Nak feeling berjiwang sedikit pagi ni.
Boleh tak?
MENEMUI AKU DALAM DIRIMU
Perjalanan menemui Aku dalam dirimu
Adalah suatu perjalanan yang melelahkan sayang
Berpuluh kali tersesat ke hutan,
Beribu kali tersalah jalan,
Beratus kali melahu ke hujung,
Beratus kali juga berpatah pulang ke pangkal,
Mengemudi perahu kecilku ke seberang,
Menemukan aku dengan orang-orang yang salah,
Tapi aku tak pernah lelah,
Pantang menyerah atau mengalah,
Kerana pencarianku ini tak pernah goyah.
Aku salah menafsir masa,
Benar-benar, masa mengajar erti merasa,
Pengalaman-pengalaman ceria dan duka,
Namun, pertemuan aku dalam dirimu
Benar-benar mencambah hilai dan tawa.
Kerana aku ada dalam dirimu
Selalu dekat denganku, selalu ada dalam hatimu.
Universiti Teknologi MARA,
Shah Alam, Selangor.
4 Ulasan
pewit,.
BalasPadam@Cik Puan Tqah aiyarkk.. larik tutup muka. hahahaha :D
BalasPadamAlhamdulillah.
BalasPadamBaru dapat updates citer bie!
hai awakkk! ingat kita lagi?
Terlambat nak wish. Congratssss!
Jaga baby elok2 ye. :)
@♥ ChachaAlhamdulilah.. ingat. hehe :)
BalasPadamterima kasih chacha:) Congrats for your newborn baby too :D
Terima kasih kerana sudi bertandang ke nabihamashut.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx