Dup.Dap.Dup.Dap
dalam hati ni Allah je yang tahu betapa berdebarnya
rasa hati Bie nak menunggu kelahiran cahaya mata pertama ni

Mengalahkan menghitung hari nak tamatkan zaman anak dara je
hehehehe.. kali ni debarannya lebih menggunung. Hanya doa yang dapat kita
panjatkan agar proses kelahiran nanti dipermudahkan olehNya

Mohon doa kawan-kawan juga ya :)
Nanti kongsilah dengan Bie tips-tips berguna untuk bersedia
menghadapi proses kelahiran nanti. Amin..

Untuk Set Berpantang buat kali pertama ni
terus terang, memang Bie tak ada pengalaman
sebab ibu Bie dulu lahirkan Bie dan adik secara operation
Makanya, Ibu tak berpantang sangat masa dulu
Hanya jaga pemakanan sahaja.

Oleh demikian, Ibu kata dia agak "Seriau" nak
jaga Bie dalam berpantang nanti. hehehe..
Almaklum mungkin 1st time kot

Bie cuma dapatkan info daripada Blog
dan perkongsian cerita daripada kawan-kawan je
dan akhirnya Bie ambil keputusan nak beli
barang-barang berpantang mengikut keperluan sahaja

Kata ramai orang : Kalau beli Set, akan ada barang-barang
yang kita tak pakai nanti. Jadi, adalah lebih elok jika beli
barangan berpantang secara asing-asing (Loose Item)
Yaaaaa... lebih kurang begitulah nasihatnya dong! Erkk..
Omong indonesia pulak ye. hahaha

Untuk berpantang, mungkin ini saja yang Bie beli buat masa ni
Mohon, kepada kawan-kawan berpengalaman
beri nasihat, kalau-kalau ada barangan lain yang
diperlukan semasa proses berpantang ni.



Untuk ubatan, Bie rancang nak pakai set berpantang Salindah
Tapi, buat masa sekarang belum beli lagi..
Hehehe..Tunggu dekat-dekat nak deliver
Atau u'ols ada cadangan lain untuk set ubatan berpantang ni?
Bie takut sikit nak makan jamu. Sebab tak biasa

Sumber

Penjagaan Miss V, Bie main beli je semua jenis Pad yang ada dibawah ni



Kotex Loop
Mula-mula beli Kotex Loop tu. Beli sampai 3 bungkus tak ingat,
Skali tengok cara penggunaan dia. Siap bertali bagai. Urggghh. Leceh.

Madame - Maternity Pad
Lepas tu, baru beli Madame. Its looked okey,
Sebab bawah dia ada pelekat. So, senang nak lekat kat panties nanti
Hehehe. hopefully. Bie beli 1 bungkus je. Sebab dalam dia ada
20 pcs dah, Cukup tak ya!?

Kotex Overnight
Bie memang penggemar brand Kotex.
Tiba-tiba terbaca dikebanyakkan Blog yang menyarankan
penggunaan pad overnight (heavy flow) sebagai
ganti kepada Maternity Pad. Oleh itu,
beli lah jugak. Hahaha

Disposable Panties
Bie beli di watsons, sebab memang suka pakai
jenis yang kain cotton, bukan jenis
soft woven tu.. Tak serap peluh. hehehe..
Plan nak pakai n bawa masuk dalam labour room
(hasil kajian daripada blog dan artikel juga)

Lactacyd - Feminine Wash & Tissue
Ini juga hasil kajian Bie, sebelum ni memang tak biasa
pakai pun benda ni. Tapi, mengikut nasihat.
Kita perlukan extra care pada bahagian V selepas
melahirkan. Jangan sampai mudah dijangkiti kuman
So, kenala apply Feminine wash ni tiap kali
nak cuci atau nak buang air. Lepas tu,
kena lap kering-kering dengan tisu/kain yg bersih
Sebab tu, Bie beli tissue roll tu.. heee..
senang untuk pakai dan buang nanti :D

Ni pulak serba sedikit barang untuk berpantang
kegunaan untuk dipakai tu, sudah tentu.



Selipar Getah jenis sarung
Bie pilih selipar ni sebab senang nak sarung
kalau kita pakai stokin kan..
Jenis getah, supaya tak mudah tergelincir,
Hehehehe

Selipar dalam rumah
Dipesan sendiri oleh ibu, mana tahu
tiba-tiba tak boleh nak tahan sejuk dengan lantai rumah
dan untuk mengelakkan daripada masuk angin
Bie beli kat Daiso je ni, RM5
Hehehe

Stokin
Beberapa helai stokin. Kalau tak cukup
kita rembat En.Husbis punya stokin ye :D
Kecuali Stokin bola lah.. hahaha
Beli stokin jari jemari, supaya boleh pakai
selipar jepit. Hehehe (Jika perlu) Ni saja suka menggedik
beli itu ini. Tah apa-apa je.

Slimming Socks
Warna purple tu adalah Slimming Socks,
Bie beli kat Lazada atas nasihat kawan supaya
memakainya selepas bersalin. Katanya untuk elak
masuk angin dan cepat mengecutkan kaki
daripada menggeleber serta mengelakkan kekejangan/cramp
Sebab dia akan keep warmkan kaki kita
dan yang warna hitam tu untuk slimming bahagian lengan.

Kain Batik
Dulu-dulu, cukup lah bagi seorang anak dara untuk mempunyai
setakat 1-2 kain batik sahaja. Bila nak bersalin memang haru
nak mencari kain batik banyak-banyak.
Bie cuma prepare dalam 10 helai je ni. Sebahagiannya dah sedia
ada sejak anak dara lagi. Balancenya, Bie beli di Kelantan
sebab katanya lebih murah. Untuk kain batik 3 serangkai
cuma RM10 sahaja di Rantau Panjang
. Murah ke mahal? Bie dh rs murah.
Sebab dah nak pakai. Kira ok je rasanya.
Kain batik Terengganu pun ok juga, hanya RM10
dijual di Nor Arfa Batik di CM.

Huuuu saya budak baru belajar
Memanglah tak tahuuu
Tolong tunjukkan yee kalau masih ada barang-barang yang kurang
Buat masa ni, cuma fokus pada barang-barang yang perlu sahaja
Sebab, kalau beli banyak sangat rasa membazir nanti
Tuhan marah kann.. hehehe..

Mohon doa kawan-kawan moga segala urusan dipermudahkan
Insyaallah.

Love, Bie

14 Ulasan

  1. Moga di permudahkan semua nya Bie.. Amin :)

    BalasPadam
  2. semoga dipermudahkan..slipar merah tu comel plis... tqah pakai set bersalin tu mmg ade skali utk cuci miss v

    BalasPadam
  3. semoga dipermudahkan semua...details dah apa yg dipersiapkan tu...

    BalasPadam
  4. @Rina Ellisa Terima kasih RIna, mohon doanya ya :)

    BalasPadam
  5. @Cik Puan Tqah TQ tqah.. kebanyakkan dalam set ada mention. Sebab tu Bie beli juga yang jenis tanamera. Sebab diguna untuk bertangas juga. hehehehe (kalau rajin nk buat ahahha)

    BalasPadam
  6. @Cik Jelita Alhamdulilah.. TQ cik Jelita. Lega rs hati mendengarnya. hehehe :D

    BalasPadam
  7. eh.. kenape kita mcm baru tau je yg CikBie pregnant... sobs (T_T) hehe

    Pad Madame tu 1 bungkus pun dh ckup... darah byk kuar awal2...pastu dh boleh pakai pad biasa...

    Disposal panties pun dulu beli byk2...sbb xlarat nk menyental spende klu kena darah... lg pun org pantang xelok b'lama2an dlm bilik air...sejuk

    bile due cikBie?

    BalasPadam
  8. @Diyana Alololo.. diyana.. xmo syedih2.. hehehe.. Bie ada mention dalam entri langkawi with <3 ari tu. tapi dalam mode sesegan gitew.. hehehe..

    Masyeh atas nasihatnya dear. Insyaallah.. doakan semuanya bjalan lancar ya :)

    Insyaallah due awal bulan 3. Amin :)

    BalasPadam
  9. Tahniah bie :) qa pun tgh survey set pantang ni.. dlm dilema lg ni..

    BalasPadam
  10. salam cikbie..rasa nya klu cikbie tambah beli phytonatal dr nona roguy pun ok jgk..dia bkn jamu tp herba..senang nk membuang plus xde effect kt baby..sha mkn dr dlm pantang smp skrg..mmg best.. :)just sharing

    BalasPadam
  11. Hai bie..salam kenal..pertama kali singgah di blog bie..Banyak Info berguna.. BTW semoga dipermudahkan dan semuanya selamat hendaknya..BTW ada masa jemput BW ye www.tshirtmudahterengganu.com

    BalasPadam
  12. @Syamiell Wahhh.. thank you for sharing syamiell.. hehehe.. Insyaallah, nanti boleh lah bie cuba.. hehe

    BalasPadam
  13. @Nisa Tshirt Mudah Hyeee.. terima kasih nisa sebab sudi singgah.. hehehe. I'll be follow you back.. hehe

    BalasPadam
  14. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi bertandang ke nabihamashut.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx