Assalamualaikum w.b.t

Mohon maaf dengan entri perkahwinan yang banyak ni. Bie cuma nak habiskan hutang berlapuk yang dijanjikan pada blog ni sejak hampir 2 tahun lepas. Sampai kahwin dah nak masuk 2 tahu ni. Entri tentang wedding tak habis-habis direview. Apatah lagi update info tentang pregnancy, berpantang, anak, travel dan lain-lain. Kelaut semuanya. Hehehe. Bila Bie dah habis review wedding ni. Rasa senang hati sikit nak cerita (a.k.a merapu) tentang topik-topik yang lain. Hehehehe..

Majlis Khatam Al-quran dilangsungkan pada pagi 31.5.2014 sebelum majlis bersanding petang hari tu. Alhamdulilah, majlis berjalan lancar dan disertai oleh adik-adik kecil manis yang ke semuanya ialah anak didik ibu Bie. Ibu Bie memang guru mengaji mereka. Jadi, sesiapa yang dah khatam. Meraka pun sama-sama menyambut khatam Al-Quran di majlis perkawinan Bie.

 
 
Dengan majlis ini, moga perkahwinan dan majlis perkahwinan kami lebih diberkati. Selepas majlis khatam, sekali lagi bacaan berzanji dan marhaban diadakan. Tapi sayang, Bie tak dapat turut serta hingga ke akhir sebab tiba-tiba mak andam kata nak solek awal. kira2 dalam pukul 11 mcm tu. sedangkan majlis start kul 2. Hmmm yelah, Bie ikutkan je. Memandangkan menyolek tu bukan seminit dua kan?
 

Terima kasih juga buat rakan-rakan ibu yang datang memeriahkan majlis khatam pada pagi itu. Bie terlalu terhutang budi kepada semua yang datang menolong dan memeriahkan majlis sebab tanpa mereka. Majlis Bie bukan apa-apa dan mungkin tak berjalan dengan lancar.

Alhamdulilah.

0 Ulasan