Majlis sambut menantu diadakan pada 13/6/2014 (Jumaat), Bie dan suami bertolak dulu daripada KL ke Kelantan dan tidur semalaman dekat hotel budget sebab hotel tu dekat dengan rumah suami. Jadi senanglah si suami nak datang jenguk-jenguk bini dia ni. Almaklum sejak diijab qabul. Tak pernah berenggang kecuali pergi kerja je. Jadi, masa sampai di Kelantan buat pertama kali. Bie ditinggalkan seorang diri di hotel. sedihkan.? sebab suami kena lah balik rumah dia untuk sesi tolong menolong apa yang patut. 


Bila malam je, si suami datang bawa Bie pergi makan dan temankan tidur. Esokkan harinya, keluarga Bie daripada Johor pun sampai. Maka, tak adalah Bie bosan keseorangan. Lepas check out, Bie dan family semua bergerak ke rumah persinggahan keluarga (Homestay) di Kg.Seterpa untuk bersiap sedia ke majlis sambut menantu pada esokkan harinya selepas solat Jumaat.Dup dap, dup dap lagi sebab inilah kali pertama Bie datang jejakkan kaki kerumah mertua Bie di Kelantan. Datang Kelantan pun tak pernah. Inilah momen pertama kali. Hehe Agak lucu, tapi betul-betul berlaku dalam hidup Bie dan menjadi momen paling indah! Abang, terima kasih kerana mengahwini ayang! Terima kasih untuk semua momen pertama kali yang indah ini.


Lepas solat Jumaat, bersolek dirumah Homestay yang tak jauh daripada rumah.Kami berarak ke rumah pengantin lelaki. Beza disini, perempuan kena berarak ke rumah lelaki. Bila dah nak sampai depan rumah lelaki. Pengantin lelaki akan datang jemput kita depan rumah dia. Lepas tu, kami terus dibawa ke bilik (Ehemmmm) hehe,. Rasa lucu dengan adat ni. Tapi, ini memang cara orang di Kelantan katanya. Majlis Sambut Menantu ni biasanya tak ada pelamin (jika di Kelantan) Jadi, majlis kami kekal sederhana tanpa pelamin. Hanya ada makan berdamai antara 2 pihak sahaja.







Lepas tu, ambil gambar bersama keluarga, sesi outdoor dan selesai. Simple dan mudah kerja! Bie sangat happy, tapi seperti biasa. Kepenatan tak terkata! hehehe..

Dimajlis sambut menantu, Bie dapat hadiah 30 kilo gula! hehehe rupa-rupanya orang kelantan suka beri hadiah Bekwon ni seperti;

- Gula
- Kopi
- Susu Pekat Manis
- Keropok Keping
- Biskut

Itulah antara makanan yang Bie dapat. Hehehe tapi gula tu kami ambil 10 kilo je. Yang lain aginkan kepada sanak saudara. Susu pekat manis pun kami bawa balik 5tin je. Hehe.. Kenangan manis menggula!


Semoga hubungan cinta ini berkekalan hingga ke syurga. Insyaallah <3

Thank you for reading this entry!


3 Ulasan

  1. semoga hubungan bie & suami kekal bahagia hingga ke syurga.. suka tgk bie bahagia skrg ni.. ;) semoga dpt rmai lg adik2 utk naqib ya.. hihihi

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi bertandang ke nabihamashut.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx