Resepi Cendawan Shitake Masak Sos Tiram
CENDAWAN SHITAKE MASAK SOS TIRAM | Cendawan Shitake Masak Sos Tiram ini selalunya digandingkan bersama Nasi Ayam Lemon yang mantap! Dah jadi kegemaran Z sejak zaman berzaman lagi, sejak sebelum kahwin lagi. Dulu, kalau kami terasa nak makan. Hidupkan kereta terus lancar je pergi makan anak beranak di Food Court, Tesco Klang. Ada 1 kedai disana yang ada jual menu ini.
Sekarang, teringin nak makan? Amat susah nak jumpa disekitar Kelantan ni. Bie pernah jumpa sekali saja di Lotus, Lembah Sireh, Kelantan. Maka, untuk elak pening kepala mencari dan hilangkan rasa mengidam ni. Terpaksalah kita masak sendiri. Apa yang lebih seronok ialah kita dapat makan sepuasnya. Tahu-tahu sajalah kalau membeli, beli 3 ringgit cuma dapat semangkuk kecil saja. Aduhai..
Bie kongsikan disini resepi CENDAWAN SHITAKE MASAK SOS TIRAM bagi sesiapa yang suka dan ingin mencuba.
CENDAWAN SHITAKE MASAK SOS TIRAM
Bahan-bahan :
1. Sebungkus Cendawan Shitake (rendam terlebih dahulu 1 jam biar lembut dan mengembang)
2. 3-4 ulas Bawang Putih
3. 4 batang lada kering
4. Sos Tiram
5. Kicap manis ABC (pekat)
6. Bancuhan air dan tepung jagung
6. Air, gula dan garam secukup rasa
Cara-cara :
1. Tumiskan bawang putih bersama lada kering hingga naik bau.
2. Masukkan cendawan shitake.
3. Masukkan sos tiram dan kicap pekat
4. Reneh dengan api kecil hingga bahan-bahan sebati dengan cendawan.
5. Masukkan air bancuhan tepung jagung supaya kuah pekat. Reneh hingga mendidih.
6. Perisakan dengan garam dan gula secukupnya.
Siap dihidangkan.
![]() |
Rendam cendawan seeloknya semalaman |
![]() |
Potong cendawan sederhana nipis bila sudah lembut |
![]() |
Tumis bawang putih dan lada kering |
![]() |
Masukkan Kicap ABC |
![]() |
Sos Tiram jenama Maggi |
Selamat mencuba. #daridapurekspressnm
0 Ulasan
Terima kasih kerana sudi bertandang ke biemohd.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx