Nabiha Mashut atau nama penuhnya Nabiha Mohd Mashut berasal daripada Kota Tinggi, Johor. Kini menetap di Kota Bharu, Kelantan. Beliau kini seorang Penulis Sepenuh Masa dan mempunyai perniagaan kraf dan apparel dengan jenamanya, MARHUNA yang beroperasi di laman sesawang www.marhuna.com

Beliau mendapat pendidikan diploma di UiTM Johor dalam bidang Sains Komputer, kemudian melanjutkan sarjana mudanya di Kolej Pengajian Perkomputeran, Informatik dan Matematik, UiTM Shah Alam dalam bidang Kejuruteraan Sistem Maklumat. Ijazah sarjananya juga dalam bidang Teknologi Maklumat di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam. Kini, beliau sedang mengikuti Ijazah Doktor Falsafah di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) dalam bidang yang sama.

Beliau menyerlah dalam penulisan puisi, cerpen dan deklamasi syair/gurindam. Karya-karyanya banyak dimuatkan dalam Akhbar Mingguan Malaysia, Berita Harian, Majalah Tunas Cipta, Majalah Fokus SPM, Remaja, Dewan Siswa dan Dewan Masyarakat. Sehingga kini beliau telah menulis lebih 100 buah puisi dan 4 buah buku antologi bersama.

Mantan Program Minggu Penulis Remaja (MPR) 2006 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Ahli Kelab PURNAMA, Dewan Bahasa dan Pustaka, ahli Persatuan Penulis Johor (PPJ), AJK (Juruaudit) bagi Persatuan Penulis Kelantan (PPK) 2023-2025, ahli Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), ahli seumur hidup Persatuan PEMUISI, ahli Persatuan e-Sastera dan ahli Persatuan Penulis Skrip Lakon Layar Kuala Lumpur & Selangor. 

Berpengalaman menulis dalam genre cerpen, puisi tradisional dan puisi eceran di media cetak seperti Mingguan Malaysia, Berita Harian, Harian Metro, Dewan Sastera, Tunas Cipta, Majalah Remaja, Dewan Budaya, Dewan Siswa, Fokus SPM dan lain-lain. Karya-karyanya turut diterbitkan dalam antologi bersama Daun Menari di Atas Angin (2025), Bila YB Dipalu Kompang (2022), Mudahnya Move On! 19 Karya Bangkit Selepas Putus Cinta, terbitan Lejen Press Sdn. Bhd. 2019, Suara Bukit Timbalan : Sempena 50 tahun Kemerdekaan Malaysia, 2013 terbitan Persatuan Penulis Johor (PPJ). 

Penghargaan dan anugerah atas pencapaian dalam lapangan sastera ialah Anugerah Sastera Johor 2021 - Kategori Puisi Eceran (Bunga Kebebasan), Hadiah Pertama bagi Pertandingan Baca Naskhah Melayu Klasik Malaysia 2022, Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Sempena Hari Buku & Hak Cipta Sedunia dan Hadiah Pertama bagi Pertandingan Menulis Cerpen 2008 di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Johor serta ahli Kelab Karyawan UiTM Johor, 2008-2012. Nabiha boleh dihubungi di Facebook, Instagram dan Tiktok : @nabihamashut dan laman sesawang www.nabihamashut.com



0 Ulasan