Resipi Tradisional Daging Masak Lemak Cili Api yang Tak Pernah Mengecewakan
Assalamualaikum w.b.t., semua. Pernah tak anda rasa buntu tak tahu nak masak apa untuk makan tengahari? Memang inilah dilema biasa kaum wanita, kan? Setiap kali nak memasak, mesti kepala ligat fikir menu. Akhirnya... telur goreng juga jadi penyelamat. Hahaha, sampai rasa muka pun macam telur dah.
Tapi hari ini, saya dapat ilham selepas termenung seketika depan peti ais. Ternampaklah satu bekas daging korban yang masih tersimpan rapi sejak Aidiladha tempoh hari. Jadi, saya putuskan untuk masak Daging Masak Lemak Cili Api—menu simple tetapi dijamin sedap!
Kalau anda juga tengah buntu nak masak apa, jom cuba resepi ini. Mudah saja, tak perlu banyak bahan, tapi rasanya memang padu!
![]() |
Nyammm.. Sedia untuk dimakan |
Resepi Daging Masak Lemak Cili Api Simple & Sedap
Bahan-bahan :
- 1 kg daging lembu - direbus sehingga lembut. Masa nak rebus air tu jangan banyak sangat macam nak buat sup, cukup sekadar paras daging je. Simpan air rebusan untuk dimasukkan dalam masakan.
- 300 ml santan pekat
- 3 helai daun kunyit - dipotong-potong
- 2-3 biji kentang - dipotong (optional)
- 2 batang Serai - diketuk
- Garam secukupnya
- 2-3 cawan air rebusan daging tadi secukupnya - kalau tak cukup tambah air biasa
Bahan dikisar:
- 2-3 inci kunyit hidup
- 1 inci halia
- 7-8 biji cili api
- 4 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
Cara-cara :
- Rebus kentang sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan. Buang air rebusan tu
- Dalam periuk, panaskan minyak, masukkan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan daging dan air rebusan bersama serai dan daun kunyit
- Masukkan santan dan kentang. Tambah air jika perlu atau kuah nampak kurang dan terlalu pekat. Masak seketika hingga kentang empuk.
- Tambah garam, gula dan ajinamoto (optional) secukup rasa.
- Siap!
![]() |
Kisar ke semua bahan yang dinyatakan diatas |
![]() |
Potong daging ikut sesuka hati, boleh besar-besar atau kecil-kecil (terpulang) ikut kesukaan anda |
![]() |
Serai ketuk dulu tau! |
![]() |
Sehelai je daun kunyit, ikut kesesuaian |
Selamat Mencuba!
0 Ulasan
Terima kasih atas komentar anda!