Assalamualaikum WBT, dah lama rasanya tak mencoret dalam blog ni. Minggu lepas, keluarga abang Z ada buat majlis akikah di kampung, setelah buntu tak tahu nak bawa makanan apa ke majlis berkenaan. Kak Bie pun tempah 4 batang kek tapak kuda dengan orang yang berniaga Kek Tapak Kuda disekitar perumahan Kak Bie ni. 

Bie tempah petang tu, katanya dia boleh hantar malam selepas maghrib. Tunggu punya tunggu, tak sampai-sampai keknya. Bie dah putus asa dah, Z dah siap-siap rancang nak singgah beli kuih akok je sebelum bertolak balik ke kampung. Tup.tup... pukul 11 malam baru dia hantar keknya sebab memandangkan Bie nak bertolak balik ke kampung esok pagi.


Sejak peristiwa tu, Bie terus rasa menyesal tak belajar buat Kek Tapak Kuda ni. Anak-anak pun suka makan, sampai berebut dan tak cukup-cukup makan kek ni. Akhirnya, menjadi juga Kek Tapak Kudaku. Resepinya daku abadikan disini buat tatapan diri sendiri kalau nak buat lagi nanti. Kalau tak, semestinya lupa.

Bahan-Bahan :

  • 6 biji telur gred A
  • 3 biji kuning telur
  • 1.5 cawan gula icing
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 1 sudu besar ovellate
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 cawan butter *dicairkan

Cara pembuatannya :

  • Putarkan semua bahan-bahan diatas. 
  • Masukkan dalam loyang bersaiz 10x10
  • Bakar dengan api atas dan bawah 175 darjah celsius
  • Dibakar selama 15minit

*Coklat/Nutella/Matcha/Nestum untuk inti dalamnya

Inti nutella + nestum (choc crunchy)


Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian ini. Esok kita sambung lagi dengan perkongsian yang lain ya. InsyaAllah. Jemput follow IG Bie : https://www.instagram.com/nabihamashut

0 Ulasan