21-24 Disember 2009 : Program yang dianjurkan oleh Fakulti Sains Komputer dan Matematik UiTM Johor telah mendedahkan pelajar tahun akhir Diploma Sains Komputer tentang penggunaan PHP dan MySql dalam program yang dihasilkan. Pendedahan ini bertujuan untuk memberikan persediaan awal kepada para pelajar dalam menghadapi Latihan Praktikal yang dijangka bermula pada 4 Disember 2010 dan berakhir pada 24 April 2010.

Program yang berlangsung selama 4 hari 3 malam ini, benar-benar mengujakan semua pelajar kerana dapat belajar sesuatu yang baharu dan amat berguna dalam kerjaya kelak. Antara "instructor" yang terlibat ialah;
  • En.Abd Malik Bin Mohd Rick
  • Cik Mazlyda B.Abd Rahman
  • En.Lezam bin Lehat
  • En.Azrul
  • En.Raffan
Tahniah diucapkan kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan program yang amat berilmiah ini. Semoga program-program sebergini dapat terus dianjurkan bagi kemajuan generasi akan datang.





Malam barbeku diadalam pada malam terakhir kami berbengkel di UiTM Johor. 1001 kenangan yang terpahat dalam ingatan. Semoga ukhwah yang terjalan diantara kita tetap terus erat hingga ke akhir hayat.








**Selamat menjalani Latihan Praktikal 2010. Kenangan Abadi takkan dilupai

0 Ulasan