Kadang-kadang perempuan berambut panjang, tidak mahu mendedahkan rambut mereka kepada khalayak. Namun, secara tidak sedar, bersanggul merupakan suatu cara mendedahkan aib (aurat) mereka kepada khalayak secara tidak langsung (tanpa disedari). Kekhilafan (kelemahan) kita kadangkala diluar dugaan. Moga apa yang aku perkatakan dapat menjadi sempadan dan peringatan kepada diri aku dan mayarakat disekeliling aku (terutamanya kawan-kawan aku)

Terbaharu, ada trend bertudung yang mempunyai sanggul yang besar di dalamnya. Jika bukan berasal daripada rambut si pemakai tudung, ia berkemungkinan rambut palsu yang sengaja diletakkan bagi menampakkan si pemakai berambut panjang dan menambahbaikkan fesyen tudung berkenaan. Namun, apa yang kita tidak tahu. Ia sebenarnya di hukumkan HARAM! (jika mengenakan rambut palsu bagi tujuan meninggikan sanggul).

Muawiyah berkata :

"Sesungguhnya Rasulullah saw menamakan rambut palsu sebagai penipuan."
Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim

Bagi pengubahan rambut dengan teknik ini dianggap sebagai penipuan.


Hati berkata-kata.. Adakah "sanggul" benar-benar haram disisi agama? Persoalan terjawab pabila aku mengunjungi Blog Ustaz Nor Amin, seorang pendakwah bebas daripada Madrasah Al-Khairiah Al-Islamiah Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Hadith mengatakan;

“... akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”
Hadith Riwayat Ahmad , jil.2, ms. 223.

Masalah sanggul rambut tinggi seperti bonggol unta ini mestilah dilihat dari tujuannya. Kenapa disanggulkan rambut tersebut;
  • Adakah ia untuk diperlihatkan kepada orang ramai?
  • Adakah untuk menjadikan dirinya cantik?
Menurut ustaz, kalau sanggul tersebut dibuat adalah untuk kecantikkan dan diperlihatkan oleh orang yang bukan mahram, maka ia HARAM!, kerana ia menimbulkan fitnah dan menarik perhatian lelaki yang bukan mahram.

Ini jelas bahawa wanita Islam hanya boleh menghiaskan dirinya untuk suaminya sahaja dan tidak boleh untuk orang lain. Malangnya wanita Islam sekarang ini tidak tahu maksud perhiasan yang dibenarkan dalam Islam. Ada wanita yang memakai pakaian biasa di rumah dan hadapan suaminya dengan alasan tidak bergaya disebabkan duduk di rumah sahaja, senang nak buat kerja rumah dan sebagainya. Tetapi apabila wanita tersebut keluar rumah dengan pakaian serba cantik dan memakai minyak wanginya hampir sebatu bauannya sehingga menarik perhatian orang lain. Inilah yang dikatakan haram walaupun niatnya betul dan berpakaian kemas dan cantik.

"Sanggul tinggi" adalah HARUS! apabila tidak menarik perhatian orang lain dan tidak mempunyai niat-niat yang tidak baik sepertimana dinyatakan di atas. Awas!!! Jika sanggul tersebut dapat menarik perhatian orang bukan mahram dan boleh membangkitkan syahwat orang lelaki lain. Maka ia menjadi haram dan perlu menukar teknik sanggulnya dari tinggi menjadi rendah. HARUS! bersanggul tinggi dihadapan suaminya atau berpakaian cantik dihadapan suaminya, kerana ini adalah suruhan agama berhias untuk keselesaan suaminya.

Jika dilihat dari trend orang sekarang ini berfesyen seperti sanggul tinggi dan fesyen tudung yang semakin hari semakin menjadi-jadi. Selagi fesyen tersebut tidak melanggar hukum Islam atau syariat Islam, ia tidak menjadi masalah. Kalau ia melanggar syariat Islam walaupun bertudung, tetapi berpakaian ketat seolahnya bertelanjang sepertimana yang ada sekarang, maka itu menjadi HARAM!






**Moga, menjadi panduan kita semua. Insya-Allah

0 Ulasan