Malam yang sepi.pi,pi.. pak mat jual topi.pi.pi
Ini budak memang tak sedar diri.
Jam didinding sudah menunjukkan jam 2:17 AM (tipu jek) 
padahal tengok jam di laptop,
*klise sangat tawww.. menyampah!
hahhaha

Padahal, esok pagi-pagi kena bangun pergi kelas.
Tula, dah tua-tua baru nk sambung belajar
dulu muda malas pi sekolah (apa kau merepek ni bie)
ok, Back to the topik ;

APAM POLKADOT STRAWBERRY GEBUS

Sebenarnya, ni entri lama yang tak berupdate
hahaha, konon-konon buzy mengalahkan mak datin kan
hehehe..

Bie try buat apam ni masa hari raya yang lepas

dan ini adalah "1st try"
Makanya, saya jadi begitu teruja.
Kepada yang nak mencuba,
boleh ikut resepi yang Bie attach dibawah ni ya

Insya'Allah, semestinya tidak mengecewakan
terima kasih kepada sumber inspirasi!




Yang warna hitam/coklat tu, chocolate tau!
ehehehehhe.. i love it.! Yummeh


Gebusss..gebuss! Yeaay


Ini adik saya. Mahu berkenalan? hehehe
Muka kena paksa jadi model apam polkadot gebusku

Resepi APAM STRAWBERI 

Resepi : Ain Rusli 
Sumber: Majalah Rasa 

Bahan-bahannya: 

140 gm tepung gandum 
1 1/2 sudu teh baking powder - diayak sekali bersama tepung gandum 
110 gm gula halus 
75 ml susu segar atau susu cair 
 2 biji telur 
 1 sudu kecil ovelette 
1/2 sudu esen vanilla / perisa strawberi 
Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing 
 Sedikit perwarna hijau - untuk daun 
Sedikit pewarna merah - untuk strawberi 
Sedikit pewarna putih - untuk biji strawberi 
30 keping mangkuk kertas 

 Langkah-langkahnya: 

1. Pukul telur dan gula halus sehingga kembang
2. Kemudian masukkan tepung gandum dan serbuk penaik yang telah diayak bersama diselang selikan dengan susu segar
3. Selepas itu, masukkan ovalette dan perisa vanilla. Putar sebati hingga nmpk kembang dan gebu
4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
5. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.
6. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
7. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
8. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan.
9. Kukus 10-15 minit sehingga masak.

Nota: Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah atau mekar. Gunakan api yang sederhana sahaja. Digalakkan untuk balut tudung periuk anda dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik. Adunan ini akan menghasilkan 30 biji strawberi Antara rahsia apam anda gebu adalah ovalette diletakkan akhir sekali selepas tepung diputar sebati

Sumber

3 Ulasan

  1. comel sgt untuk hasil kerja 1st timer ^^

    btw, salam kenal. sy b2b 2014.
    klu free jmput bw http://sfaezah.blogspot.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe. Sebab tu cik bie cakap. Semua pun boleh try buat.. gerenti jadi. Thank you faezah.. salam kenal. Nanti cik bie tag dlam list k. Hehe

      Padam
    2. Hehehe. Sebab tu cik bie cakap. Semua pun boleh try buat.. gerenti jadi. Thank you faezah.. salam kenal. Nanti cik bie tag dlam list k. Hehe

      Padam

Terima kasih kerana sudi bertandang ke nabihamashut.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx