Reviu Baju Sekolah Selepas 1 Tahun Mengikut Jenama
Reviu Jenama Baju Sekolah Selepas 1 Tahun | Assalamualaikum W.B.T, tahun lepas, 2022 merupakan tahun pertama Bie dan suami berpengalaman menghantar anak-anak ke sekolat rendah. Semestinya, kami buntu untuk memilih baju sekolah yang berkualiti, selesa dan tahan lama dengan harga berpatutan untuk dipakai ke sekolah. Seboleh-bolehnya kami mencari maklumat melalui sahabat-sahabat yang berpengalaman.
Bie pun buatlah 1 posting status di Facebook dan bertanya kepada rakan-rakan tentang jenama-jenama baju sekolah yang mereka gunakan. Selepas itu, barulah Bie buat keputusan untuk beli 4 jenama daripada jenama-jenama yang mereka sebutkan. Antara 4 jenama tersebut, Bie dapat simpulkan pengalaman penggunaannya selepas hampir setahun Naqib menggunakannya.
1. Canggih - https://shope.ee/89yloUbJhN2. Black Cat - https://shope.ee/2AhYg8H8bp3. Jony & Jeny - https://shope.ee/6zmoRK3qj44. Professor - https://shope.ee/3VCwJxkQgF
Selepas setahun, Bie dapat beberapa keputusan mengikut pengalaman & pemerhatian Bie terhadap baju kemeja sekolah kanak-kanak lelaki. Untuk kanak-kanak perempuan Bie belum pernah gunakan lagi untuk anak-anak. Berikut kedudukan jenama mengikut keputusan tu.
1. Black Cat
Sumber : Google |
Kelebihan :
1. Kualiti kainnya baik, tak tebal sangat, tak terlalu nipis.
2. Jenis cotton menyerap peluh dengan baik.
3. Tak perlu nila pun dh kekal nampak putih mcm dinila.
4. Pola yang sesuai dengan kanak-kanak. Bila pakai nampak smart, terletak je kat badan.
5. Jahitan kemas & mudah licin bila digosok
6. Harga berpatutan
Kekurangan :
7. Kotoran susah sikit tanggal, perlu gonyoh & berus. Mungkin kerana jenis kainnya jenis cotton sepenuhnya. Bie pakai spray Vanish je untuk kotoran biasa.
2. Jony & Jeny
Sumber : Google |
Kelebihan :
1. Kualiti kainnya hampir sama macam Black Cat. Tapi nipis sedikit.
2. Jenis kain cotton & menyerap peluh dengan baik.
3. Tak perlu nila pun dh kekal nampak putih mcm dinila juga.
4. Pola yang sesuai dengan kanak-kanak & terletak dibadan.
6. Mudah licin bila digosok
7. Harga berpatutan
Kekurangan :
8. Jahitan tak berapa kemas dibahagian tepi baju.
3. Professor
Kelebihan :
1. Kuliti kain yang baik, tapi sangat tebal dan nampak kejung.
2. Putih biasa bukan putih nila.
3. Pola yang sesuai dengan kanak- kanak.
4. Jahitan kemas
5. Basuh berkali-kali masih kekal sama & tidak lusuh.
Kekurangan :
6. Disebabkan kainnya kejung. Tidak mengikut bentuk badan dengan baik & mudah renyuk.
7. Kedutannya agak susah digosok (kena spray air baru licin elok)
8. Jenis semi-cotton (licin sedikit) tak berapa menyerap peluh.
9. Harga tak berapa berpatutan. Professor ni, harga pun dah macam tangga gaji professor juga.
4. Canggih
Sumber : Google |
Kelebihan :
1. Kualiti kain yang baik, agak tebal dan sedikit kejung.
2. Putih biasa bukan putih nila.
3. Jahitan kemas
4. Harga agak berpatutan
Kekurangan :
5. Pola yang tak berapa cantik dibadan & nampak cutting besar walaupun ukuran bahu 'ngam'/sepadan.
kedutannya agak susah digosok.
6. Basuh berkali-kali jadi kusam, berbulu & kuning (tanpa dinila)
7. Jenis semi-cotton (licin sedikit) tak berapa menyerap peluh dengan baik
Semua perkongsian ini adalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian Bie sepanjang setahun anak Bie menggunakan semua jenama-jenama ini dan beberapa perkongsian dari sahabat handai di Instagram juga. Mungkin kita ada pendapat dan pandangan yang berbeza. Jika ada, boleh kongsikan diruangan komen ya. Semoga dapat membantu golongan ibu bapa yang tercari-cari jenama baju sekolah untuk anak-anak. Lebih-lebih lagi yang bakal menempuh alam persekolahan tahun ini. InsyaAllah tahun ni, Bie akan gunakan beberapa lagi jenama baju sekolah yang lain pula dan membuat perbandingan pada tahun hadapan. Mungkin entri ni akan berjela sedikit saban tahun.
Terima kasih.
Nabiha Mashut (Bie)
1 Ulasan
Susah juga nak buat pilihan
BalasPadamYang penting selesa dipakai dan nampak kemas
Terima kasih kerana sudi bertandang ke nabihamashut.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx