Kahwin awal? Siapa takut?

Hahaha.. mungkin itu bidalan atau kata-kata orang dulu
Sejak minyak naik 20sen ni, semua benda
dan barang pun nak naik juga.

Sampaikan harga hantaran perkahwinan pun menjadi 
isu bualan yang palling hangat diabad ini.

Hmmm...
pening..pening..pening
nak buat lagu mana? Kita adalah generasi yang hidup
dizamannya. Nak lari ke mana pun, tetap kita berada ditempat yang sama
Tak boleh nak lari jauh-jauh. Takkan dapat punya.

Bila isu harga barang naik, mulalah isu perkahwinan jadi agenda.
Maka. sebagai calon pengantin, uols mesti bijak
tangani situasi ini. Pandai menghadkan perbelanjaan
supaya perkahwinan impian uols menjadi kenyataan
tanya mengeluarkan perbelanjaan yang banyak


Mungkin Bie bukan lah kaunselor yang baik dalam memberi
khidmat nasihat mengenai perancangan perkahwinan
tapi, apa yang bie tekankan kat sini adalah
berpandukan pembacaan, perkongsian bersama rakan,
dan pemerhatian situasi. Makanya,

Terjadilah entri

Tips Kurangkan Budget Perkahwinan dengan Baik dan Berjaya

Tips ini mungkin sangat berguna kepada kita semua
lebih-lebih lagi bagi segelintir pasangan yang mahu berkahwin
pada usia yang awal contohnya; seperti pelajar
yang rata-ratanya belum mempunyai pendapatan
dalam membiaya kos perkahwinan

mungkin tips kurangkan budget kahwin ini
sedikit sebanyak dapat membantu uols.!

wewitttttttttt

1. Tetapkan jumlah tetamu yang datang

Penetapan jumlah tetamu ini amat penting,
ini kerana, jumlah tetamu yang datang merupakan perancangan awal untuk kita
mengganggarkan jumlah dan kadar bayaran makanan yang mesti dan perlu disediakan
kepada para tetamu yang hadir.

Bila menetapkan jumlah tetamu contohnya ;
1000 orang. Anda hanya memerlukan 500 keping kad jemputan sahaja
untuk majlis perkahwinan anda, ini adalah kerana. Nisbah jemputan
adalah 1:2, bermaskud 1 kad jemputan mewakili 2 orang tetamu
yang akan hadir.

Jika uols nak jemput 1000 tetamu, dan buat 1000 kad jemputan
maka yang akan datang nanti dalam lingkungan 2000 orang.
Namun, dalam masa yang sama. Makanan hanya diperuntukan kepada
1000 jemputan sahaja. Memang gamatlah.! Tak cukup makanan.
Oleh itu. sila budget kadar jemputan yang hendak diundang
dengan bijak untuk memastikan kelancaran majlis uols nanti k?

2. Gotong Royong Vs. Katering

Bagi pasangan pengantin yang tinggal di desa/kampung/felda/felcra
tips kedua ini adalah bonus kepada anda. Bie difahamkan amalan
gotong-royong ni masih kuat diamalkan oleh penduduk kawasan
luar bandar berbanding dibandar yang rata-ratanya dah pun
gunakan khidmat katering untuk mana-mana majlis keraian

Tapi tak dinafikan, ada je rukun tetangga dikawasan bandar
yang masih ada amalan gotong royong. Japi kadar/jumlahnya
sangatlah sikit kan? Rata-rata semuanya ambil katering
yang sinonim dengan harga kepala.

Contohnya RM10 untuk 1 kepala.

Jika uols tinggal dikawasan luar bandar atau kawasan yang masih
mengamalkan gotong royong, sila prefer kepada gotong royong kerana
budget perkahwinan bagi persiapan yang menggunakan
khidmat gotong goyong adalah lebih menjimatkan
kerana, kita hanya keluarkan modal untuk membeli
bahan mentah/masakan sahaja.

3. Elakkan membuat majlis perkawinan pada cuti sekolah

Ngeeeee.. ini mainstream!
Time-cuti sekolah jugak berduyun orang buat wedding kan?
hehehehehe.. Maka, berduyun juga orang yang akan datang nanti
sebab apa? Sebab cuti sekolah. Tips ni, nampak macam
bersifat kedekut. (macam tak nak bagi orang datang je)
Tapi inilah suatu strategi penjimatan sebenar yang harus
diambil berat padahal ini adalah isu penting

Bila buat time tak cuti sekolah.
Nak jemput 500 tetamu jemputan je pun tak menjadi masalah
sebabnya, bagi yang berkeluarga jauh.
Sememangnya mereka tak dapat nak balik untuk
meraikan pengantin baru.

Apa objektif terpenting disini adalah
mengadakan walimah bagi tujuan menghebahkan.
Menurut syarak, dah lepas dah tu.
Alhamdulilah.

4. Tempah Fotografer/Bridal semasa promosi

Fotografer/Bridal menjadi isu hangat.
Harga pakej perkahwinan semakin lama. Semakin
melambung-labung mahalnya. Terkadang isu ini yang akan
mengganggu gugat perbelanjaan/budget perkahwinan mempelai

Jadi, bagi pasangan yang bijak. Dalam tempoh perancangan
perkahwinan. Adalah disarankan kepada meraka untuk
mencari pakej promosi atau memasuki sebarang peraduan
atau kontes untuk mendapatkan khidmat fotografer/bridal
dengan harga yang sangat berpatutan.

Atau lebih baik adalah dengan PERCUMA

Siapa yang tak mahu kan?

Sila pertimbangkan tips ini ya :)

5. Sewa Baju

Silalah sewa baju untuk perkahwinan anda.
Tidak dinafikan, baju custom made adalah yang terbaik kerana
mengikut citarasa dan potongan badan anda.
Tetapi, ada cas tersembunyi yang berada dibelakangnya tu
membuatkan budget perkahwinan anda TERBAKARRR

Hehehe.. maka, dengan menyewa.
ulos mungkin dapat berjimat banyak
dan menggunakan duit selebihnya bagi tujuan lain
yang lebih diperlukan.

Cak.! Cukup setakat 5 Tips yang Bie dapat kongsikan malam berbahagia
di Hari Malaysia ini. Tips-tips kurangkan budget kahwin ni
ada lagi banyak sebenarnya.
Insya'Allah. Kapan-kapan kita sambung lagi ye nak?

Feel free kepada Bride to Be dan Ex-Bride to be untuk berkongsi pengalaman
mengurangkan budget perkahwinan disini. Mungkin, kita boleh sama-sama
bertukar pendapat dan idea kepada semua.

Bye!

8 Ulasan

  1. hehe nice tips :) tq darling..hehe

    BalasPadam
  2. btol..btol..btol..
    lepas tu tak payah buat photobooth, candybuffet, guestbook, centrepiece and badges bagai..lagi banyak jimat..if nak buat pun, diy..sebab kalau dkat kampung2, diorang tak heran pun photobooth, candybuffet sume tu..pandang pelik lagi ada..
    just share based on pengamatan..=)

    BalasPadam
  3. oo tbaik r tips ni..Yna pn bg tips yg best...will take note =)

    BalasPadam
  4. nice tips..tp sy x dpt sewa bju..=( petite sgt..huhu..jd nak x nak kena tempeh..utk savekn bajet sy buat kurung moden je utk both majlis akad & sanding..sy beli kain murah & hantar kat tailor..kos utk both baju under 600=) brg yg lain2 pun sy cari yg murah2..

    BalasPadam
  5. hye b2b... jom tengok instagram saya @gobokchermincreations...

    saya ada buat perkhidmatan buat baju, tudung, veil dan solekan... cubalah tengok,mana tau kalau berkenan kan...

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi bertandang ke nabihamashut.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx