Cak kun cak!
Kemarin ada request daripada cantik manis diFB
supaya Bie UP kan Entri berkenaan dengan dekorasi
Kamar/Bilik Pengantin.

Alkisahnya, Bie memang belum habis review semua 
perkara berkenaan dengan hal-hal persiapan dan
majlis perkahwinan Bie tahun lepas akibat masa 
terlalu pantas berlalu dan terlalu banyak perkara
untuk dikongsikan.

Perkara gembira, kita mesti kongsi bersama kan?

Ok, untuk review Bilik Pengantin Bie. Bie orangnya
jenis suka simple and sweet.. (hik.hikk.. sweet ke)
xpe, yang penting jimat gilerr.. hehehe.. A.K.A minah kedekut kan.
Lagipun, Bilik Bie ni, kecik dan sempit. pening jugak nak fikir
dekorasi yang sesuai dengan saiz bilik dan menampakkan
Bilik lebih luas dan tidak serabut ye..
Hahahaha.. Nasiblah, wedding ahakak kan?

1.Bilik dicat dengan warna yang terang, supaya nampak lebih luas
2. 2 batang lampu lantai IKEA
3. Langsir warna Coklat
4. Bunga Hiasan ikatan langsir
5. Cadar Warna terang (Lebih kurang sama warna dengan dinding)
6. Karpet Hiasan jika perlu

Untuk sesiapa yang tengah cari idea tu, zazzz gambar-gambar dibawah. 
Untuk entri-entri akan datang. Mungkin
Bie boleh kongsikan lebih banyak gambar lagi (bukan terhad) 
kepada majlis perkahwinan Bie sahaja. Muaahhh.. Enjoyy..

Semasa tunggu majlis pernikahan. Debar mak Nokk

Bersama Bridesmaids yang sempoi dan giler-giler macam saya juga


Bersiap menjadi Bridesmaid yang Cun!


Itu sahaja review tentang dekorasi simple untuk 
Bilik Pengantin saya.
Hehehe..

Semudah ABC kan? Setengah jam je dah siap.
Mudah dan jimat. hehehe

0 Ulasan