Pertama kali bawa Naqib bercuti sebenarnya di Pulau Pinang.
Eh, tiba-tiba terupdate cerita Fraser Hill dulu lah pula kan?
Sebabnya, percutian pendek kali pertama ni. 
Rasanya macam tak boleh diklasifikasikan sebagai 
percutian sebab jerebu yang teruk telah melanda negara kita hampir 2 bulan lamanya.


Almaklum kami sudah ada anak kecil yang perlu dilindungi kesihatannya. 
Maka, aktiviti luar sangat-sangat terhad untuk kami. 
Sebab anak kalau batuk dan selsema, sangat sadis 
dan tak mampu nak tengok. Jadi, tak boleh! tak boleh! tak boleh! ehehehe..

Percutian pendek ke Pulau Pinang yang 
pada awalnya kerana memenuhi jemputan 
perkahwinan sahabat En.Z menjadi hambar. 
Kami banyak habiskan masa dalam hotel dan tempat-tempat tertutup. 
Tak apalah nak, nanti-nanti kita pergi lagi ye.

Barulah mama mu ini berangan nak bersarapan pagi di Bukit Bendera. 
Huuuuuu.. tak dapatlah nampaknya. 
Bila buka je sliding door kat balcony hotel.. 
Langit memutih je. Hurmmmm.. sedih. Memang sedih. 
Nasib baik, masa pergi Fraser Hill tu. 
Jerebu sudah ok sedikit. Tapi, masih lagi ruin our holiday. 
Apakan daya..




Makanan instant Naqib sepanjang percutian. 
Masa ni, boleh makan puree je


As usual. Same face, Same feelings bila dibaringkan atas
katil hotel. Excited as always.



Pemandangan daripada balkoni hotel


My Small Family for now
It will become bigger and bigger soon. Insyaallah..


Daripada jambatan Pulau Pinang. Putih je pemandangan 
tak nampak apa-apa pun
Sobs..


Another sobss




Naqib dan Pengantin Perempuan




Jalan-jalan dan makan di Queens Bay Mall
Hilang habis cerita nak makan Pasemboq
Hmmmm


Sarapan dengan budak mengantuk di
Original Kayu Nasi Kandar


Ini wajib beli tau. Ofcos Jeruk Buah Salak Sahaja!


Sempat singgah nak makan nasi ganja di Ipoh ketika perjalanan 
pulang daripada Pulau Pinang. Sekali tutup.! Keep searchinggg..





Akhirnya, masuk dalam bandar Ipoh.
Ada pon yang buka!
Alang-alang menyeluk pekasam kan?
jangan sampai tak dapat nak makan nasi ganja



Semasa perjalanan balik tu, jangan lupsa singgah di R&R Ulu Bernam
untuk beli The Famous Tanjung Malim Pau ni
Terangkat!
En.Z terus borong 2 dozen pau bawak balik rumah
kukus dalam strelizer botol susu Naqib.! hehe

0 Ulasan