Alhamdulilah, Bulan ini Naqib dah pun masuk 8 bulan ++. Masa 7 bulan, Bie dah intro dia ikan (Ikan Bilis) Dia sangat suka serbuk bilis dalam bubur dia. Sampai belum mula suap lagi. Mulut dia dan kecap-kecap seperti mengunyah. Ok, sangat lucu.

Bila dia dah masuk 8 bulan ni, Bie dah boleh mula intro ayam untuk dia. Bie kutip resepi dan pengalaman ibu-ibu dalam group page di FB, sesiapa berminat bolehlah follow group ni ya:

FB : Homemade baby food and information

Berikut adalah penyediaan Chicken Bone Broth atau Chicken Stock untuk membantu Bie dalam penyediaan bubur/makanan berasaskan ayam kepada Naqib atau kami sekeluarga kerana penggunaan dia tidak terhad kepada bayi sahaja.


RESEPI CHICKEN BONE BROTH

 3 Ayam (tulang temulang)
2 biji bawang besar holland
2 batang Lobak Merah
2 Biji Tomato
2 Batang Celery
2 sudu besar Organic Apple Cider

CARA-CARA

Masukkan semua bahan ke dalam
Pressure Cooker, letakkan air dan
reneh selama 3 jam. (Kalau gunakan periuk biasa
lebih kurang 10-13 jam) sampai tulang betul betul hancur

Kemudian toskan seperti dibawah untuk
diambil airnya sahaja.

Air stok ayam kemudian dimasukkan dalam bekas
ice cube dan dibekukan untuk kegunaan akan datang.



Bekas ice cube ni, Bie beli di Daiso dengan harga RM5.30 satu



Penggunaan chicken stock ini adalah sama seperti Chicken stock segera yang kita selalu beli dikedai tu, cuma campakkan sahaja 2-3 biji sebagai pelengkap rasa makanan yang dimasak. Yeay! Bie dah ada chicken stock sendiri. Hehehe.. rasa puas bila siap semua ni. Sup Chicken Broth ni, rupa-rupanya banyak khasiatnya kerana air  rebusan ayam ni, ada banyak mineral dan vitamin dalam bentuk yang senang diserap oleh badan baby. Gelatin dan campuran protein yang terbentuk daripada rebusan ayam pula senang dihadam oleh baby. 

For more info, boleh rujuk article ni The soothing power of chicken broth

Sekian perkongsian Bie untuk menu anak-anak dan keluarga. Selamat mencuba!


4 Ulasan

  1. wow... sgt menarik ni buat chicken stock sendiri... asyik duk beli jer baik buat sendiri bersih, suci lagi halal....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, sekurangnnya kita tahu bahan-bahan yg kita guna kan? hehehe selamat mencuba :)

      Padam
  2. bie group tu da secret skrg..so kene org add br leh masuk..hehhe,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak. Yeke.. Sayangnya, xramai dah boleh join. hehe

      Padam

Terima kasih kerana sudi bertandang ke nabihamashut.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx