Bila berkahwin, semestinya kita megimpikan anak kan? Untuk perempuan yang tidak ada langsung pengalaman macam Bie masa baru mula-mula mengandung dulu. Sememangnya buntu dengan segala macam soalan. Puaslah dok menggoogle sana sini dan baru Bie sedar setiap orang, tanda-tanda awal kehamilan/mengandung adalah berbeza.


Perkongsian kali ini adalah berdasarkan pengalaman Pelik bin Ajaib Bie sendiri masa mula-mula Bie dapat rasakan kehadiran insan istimewa dalam kehidupan kami suami isteri.

1. Perut rasa kembung

Masa ni, Bie rasakan perut Bie banyak angin dan kembung sebab rasa macam membulat je. Bila rasa kembung mula la rasa muak bila makan. Tapi selera makan macam biasa je. Tapi, makan sikit je cepat kenyang

2. Kerap kentut


Bila perut kembung, mulalah episod kerap kentut. Kadang-kadang sampai tahap tak boleh nak cover-cover dah. Adeii.. malu laa :(

3. Perut rasa ketat

Entah apa istilah yang nak Bie gunakan dalam pelambangan ketat ni. Senang cerita, rasa ketat ni macam kita makan banyak lepas tu perut rasa tegang je. mungkin juga faktor Bie rasa perut Bie kembung tadi tu. Hehehe..

4. Perut rasa cramp (Kadang-kadang)

Rasa cramp perut ni datang tak semena-mena. Kejap-kejap dia rasa cramp. Rasa dia macam tanda-tanda awal nak period macam tu. Tapi rasanya lebih kepada kadang-kadang sahaja.

5. Mild period pain

Rasa seperti senggugut, tapi rasa senggugut lagi teruk. Tapi, tanda awal mengandung ni. Rasanya seperti sengugut tahap paling rendah. just mild saja.

6. Rasa sesuatu meletup dalam perut

Jeng.jeng. semacam je bunyinye kan. Tapi, inilah pelambangan yang Bie dapat bayangkan. Kadang-kadang kita rasa sesuatu mcm "pop" dalam perut kita. Tak selalu, kadang-kadang tanpa kita sedar. Kita akan ada rasa macam tu. Pengalaman orang lain, Bie tak pasti. Hehehe

7. Selera makan bertambah

Yes! Craving makan itu ini. Asik fikir nak makan apa je.

8. Pening kepala setiap pagi

Pening kepala bukan tahap gila-gila tau. Just pening-pening lalat. Tapi, gejala ni agak mengganggu jugalah. Lepas nak masuk tengahari tu pening tu pon hilang.

9. Dalam mulut rasa tasteless/tawar

Aha! Dalam mulut rasa tak ada apa-apa, kadang-kadang bikin mual tau. Urghhh..

10. Badan letih dan lesu

Bab nak bangun daripada berbaring tu memang azab. Letih dan lesu sangat-sangat. Tapi, perasaan tu kena lawan. Pagi-pagi kena bangun. Pi keja cik kak oiiii

11. Badan rasa panas dimalam hari


Badan macam mengeluarkan haba seperti demam. Tapi empunya badan tak rasa demam pun. Untuk kes Bie, Suami yang sedar keadaan tu. Siap tanya lagi, "Ayang demam ke? Badan panas", Bie jawab "Eh, tak la"

Berikut adalah tanda-tanda awal kehamilan yang dapat Bie kenal pasti kalau Bie pregnant. Hehehe.. Anda pula bagaimana?

Thank you for reading :)

2 Ulasan

  1. Salam..saya mira..saya pon sedang mengalami ape yg cik bie lalui..tapi masih belom check.. Takut hampa. Dah 6 tahun menungggu.. Skrg da lewat hampir 21 hari.. Doakan ada rezeki saya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin.. cik bie doakan rezeki mira. Insyallah

      Padam

Terima kasih kerana sudi bertandang ke nabihamashut.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx