Assalamualaikum w.b.t

Jumaat yang lepas, kami selamat men"terkejutkan" sahabat yang bakal melangsungkan perkahwinannya awal September ini. Dulu, Kak Yana (bakal pengantin) pernah menjadi bridesmaid Bie masa wedding Bie dulu. Sekarang? Bie nak jadi Bridesmaid? Berekorlah kena heret dengan anak sekali nanti. Hehehe.. Bridesmaid pun berperut boncit sebab mengandung. Rosak gambar nanti. hehehe..


So, plan asal dirancang oleh Arumi, Kawan baik Kak Yana. Maka, kami pun bergabung tenaga untuk majlis Parti Bujang ini untuk beliau. Alhamdulilah, majlis berjalan lancar. Walaupun, ditengah-tengah perancangan. Boleh pula Kak yana park kereta dia sebelah kereta kawan kami(Kak Nissa). Namun, tak timbul rasa curiga sebab kak nissa memang tinggal berdekatan dikawasan Rimba & Rusa tu.


Kenapa pilih Rimba & Rusa? Sebab tempat dia cosy, selesa, hipster, cantik. Agak sesuai untuk dijadikan tempat menyambut hari-hari penting untuk yang tersayang. Bersekali dengan Parti Bujang tu. Kami buat juga kejutan untuk Kak Nissa, Sebab hari tersebut adalah hari jadi beliau.



Magic kan? Surprise dalam Surprise.

Malam tu, adalah malam dimana Match Badminton antara LINDaN dan Dato' Lee Chong Wei kat Olimpik 2016. Alhamdulilah, Malaysia dapat pi Final. Disaat suami dan rakyat Malaysia sibuk menonton perlawanan. Kami pula melepak kat Rimba & Rusa tu sampai jauh malam.




Si emak ni, balik je rumah. Tengok-tengok anak dah tidur. Nasib baik, esoknya dah weekend. Bie memang jarang keluar sendiri sejak dah kawin ni. Ke mana-mana mesti nak bawak anak dan suami. Tapi, sekali sekala sebagai perempuan. Kita perlu masa sendiri untuk bersama kawan-kawan kan? Alhamdulilah, suami Bie pon jenis memahami dan dia dah cakap awal-awal. Bila-bila Bie nak keluar pun dia okey. Dia blh tolong jaga anak macam biasa.

Tema warna malam itu, Purple Ombre. Purple adalah warna kegemaran bakal pengantin. Hehehe.. so? Gonna have another girls day out? Stay Tuned, haha

Bye,
-BIE-

0 Ulasan