Assalamualaikum w.b.t / Salam Sejahtera,

Siapa yang tak pernah pergi Taman Botanic Negara Shah Alam? Sila angkat tangan!!!



Secara puratanya, sesiapa yang pernah tinggal di Shah Alam, lebih-lebih lagi student-student kat UiTM Shah Alam, semuanya pernah menjejakkan kaki ke sini untuk beriadah sebab kat sini sangat green dan peaceful untuk orang-orang yang nak beriadah. Boleh berjoging, berbasikal, berjalan, melawat taman binatang, juga masa untuk meluangkan waktu bersama keluarga tercinta.




Sejak belajar kat UiTM Shah Alam, bekerja, berkahwin dan nak masuk anak 1 ni. Bie masih suka pergi sini. Ini pertama kali Naqib jejakkan kaki ke Taman Botanic. Asalnya memang nak jalan-jalan je hujung minggu sambil riadah santai bersama keluarga.



Tak sangka, Taman Botanic yang dulunya lebih dikenali sebagai Bukit Cerakah ni. Dah banyak perubahannya berbanding dulu. Pintu masuk pun dah berubah. Nampaknya lebih bersifat professional dan menarik. Memang sesuai untuk menarik perhatian pelancong asing juga.






Sayangnya, banyak tempat-tempat yang dah ditutup serta tidak boleh dilawati. Sebab Taman Botanic ni besar. Dulu, dia ada 1 empangan besar di hujung taman yang menempatkan ikan-ikan peliharaan. Siap boleh berkelah bawak makanan, sambil bagi ikan makan pulak tu. Sekarang dah tak boleh pergi ke sana. Cukup setakat berhenti di Rumah 4 musim dan berpatah balik ke pintu masuk utama. Sedih!





Mungkin dalam proses renovasi barangkali. Harapannya semoga Taman Botanic Negara yang menarik ni akan lebih banyak dibaikpulih dan diselenggara dengan baik. Kami suka ke sana!!
Naqib bukan main suka dapat tengok binatang yang ada kat sana. Walaupon tak banyak macam kat zoo. Cukup untuk membuatkan dia riang dan gembira beriadah bersama mama dan papanya.



Mungkin lepas ni, kita boleh rancang untuk riadah seterusnya ke tempat lain yang lebih menarik. Ada cadangan?

0 Ulasan