Seputar pengalaman menyambut kesyukuran bagi kelahiran anak ke-2

Subahanallah, ada banyak hutang menulis diblog kesayangan ni rupanya. Macam sibuk sangat je nampaknya ya? Hehehe.. Ya, sememangnya sibuk sebab Bie ada 2 projek bisnes yang sedang dijalankan. Berikan tepukan gemuruh kepada Marhuna dan Pencilbie. Hehehe..

Marilah kita cerita tentang majlis Akikah cahaya mata ke-2 Bie dan suami. Alhamdulilah telah kami sempurnakan salah 1 daripada tanggungjawab kami sebagai ibu bapa iaitu menyembelih binatang korban dengan niat akikah. Seekor kambing telah pun ditumbangkan.

Majlis anak pertama dibuat di rumah parents Bie di Johor. Untuk anak ke-2 kami buat akikah di Kelantan pula, rumah parents suami.

Alhamdulilah, majlis berjalan sederhana dan meriah. Terima kasih buat keluarga, saudara-mara dan sahabat handai yang sudi datang merai dan memenuhi undangan kami.













0 Ulasan