Sukacita Cik Bie nak maklumkan disini, Telefon pintar VIVO V7+ telah dilancarkan hari ini di Senheng/senQ. Pastinya sebuah telefon pintar berteknologi tingggi yang ditunggu-tunggu para peminat smartphone tahan air. Ia didatangkan khas dengan 2 warna yang eksklusif iaitu;

Vivo V7+ (Matte Black)
Vivo V7+ (Champagne Gold)





Harga yang ditawarkan juga sangat mampu milik tau, hanya RM1499 sahaja! Teruja kan? Sangat berbaloi dengan kualiti dan teknologi yang sememangnya lebih tinggi nilainya. Cik Bie dengar pon berderau darah! Sampai tidur pun termimpi-mimpikan Vivo V7+ ni.

Harga Promosi = RM1499

Tempoh pelancaran ini akan berlangsung dari 26th September 2017 hingga 15th October 2017

Kamera depan mempunyai resolusi 24 MP, sudah tentu akan memberikan sensasi berswafoto dengan hasil yang berkualiti tinggi. Tambahan lagi, dengan kesan Moonlight Glow (Selfie flash) yang akan membuat hasil foto selfie anda menjadi sempurna.


Lihat smartphone ditangan ada sekarang, telefon tu dah boleh ditukar dah, anda boleh beli VIVO V7+ baru di SengHeng/SenQ tau!


Kenapa di Sengheng/SenQ ya?


1. Sengheng menyediakan lebih daripada 1 cara pembelian VIVO V7+

Pembelian ansuran lebih daripada 24 bulan disediakan kepada pembeli yang menggunakan Kad Kredit Maybank, Maybank AMEX, Public Bank, and HSBC (Citibank- Akan datang)


Anda boleh membeli secara tunai dan membayar sepenuhnya harga berikut dengan dan tanpa ansuran.

Apapun pilihan cara pembelian, anda layak mendapatkan hadiah percuma daripada Sengheng/SenQ
iaitu;

"Sebuah Backpack dan Baucar Watson bernilai RM10" 



2. Sengheng menyediakan pilihan perkhidmatan penghantaran VIVO V7+ di seluruh Malaysia

Penghantaran rumah adalah terbuka ke seluruh negara termasuk Sabah & Sarawak (Penghantaran Percuma).

3. Sengheng memberi jaminan waranti lebih daripada 1 tahun dan keahlian PlusOne

  • Tambahan Waranti 1 Tahun adalah manfaat khas di bawah Skim Keahlian PlusOne.
  • Melalui menyertai keahlian PlusOne dengan harga RM12, anda boleh menikmati tambahan 1 tahun waranti di atas jaminan Vivo apabila anda membeli Vivo V7 +.
  • Ahli Sedia Ada (telah mendaftar), Anda perlu log masuk kelayakan anda di senheng.com.my dan senq.com.my. Buat pesanan pra-pesan untuk jaminan tambahan 1 tahun ke atas pembelian anda.

Program "Trade-in" hanya layak bagi pelanggan yang membuat pembelian di kedai-kedai Senheng. Pelanggan boleh "Trade-in" telefon lama mereka dan mendapatkan rebat untuk mendapatkan potongan harga telefon baru. Tukar beli smartphone anda dengan VIVO V7+ sekarang untuk mendapatkan rebat hingga RM1700*, promosi ini hanya beberapa hari saja tau. Promosi akan tamat pada 30 September 2017


Untuk mengetahui maklumat terkini mengenai program "Trade-in", sila layari http://www.senheng.com.my/trade-in-rebate.

Untuk maklumat lanjut mengenai Vivo V7+, http://www.senheng.com.my/v7plus.


0 Ulasan