Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Subahanallah, Alhamdulilah, Allahuakbar

Syukur, semalam Bie menyambut ulang tahun kelahiran Bie yang ke-28, seperti tak percaya. 2 tahun lagi, usia ini dah nak mencecah 30 tahun. Wow! terima kasih Allah kerana memberi peluang diri ini menikmati kehidupan dan memperbanyakkan lagi amalan buat bekalan diakhirat sana. Insyaallah. Semoga Allah memanjangkan usia ini dalam keimaan dan kerahmatannya. Amin.



Terima kasih buat suami yang selalu dan tidak pernah "miss" memberi kejutan dihari-hari istimewa Bie.

Tahun ini, hari jadi Bie jatuh pada hari bekerja. Maka, kita pun pergi kerja seperti Biasa. Balik kerja, buka je pintu kereta dapat surprise.! Tadaaaa..



I love the surprise and especially the present baby.! Ayang tak mintak pun semua ni. Cukup sekadar ingatan daripada abang dan anak-anak untuk ayang. Semakin berinjak usia, semakin ayang tak peduli dengan material. Semoga keluarga kecil kita bertambah besar dan disinari cahaya kebahagiaan buat selamanya didunia dan akhirat.

Makan malam tu, semestinya Bie dapat pass cuti memasak selama 1 malam. Hehehe.. En.suami diam-diam bawa ke restoran penuh kenangan antara kami berdua.

Tadaaa.. Polperro Steak House






Tempat pertama kami berdua "Ngedate" (dating). Terima kasih baby! I really appreciate it!!

Alhamdulilah, terima kasih juga buat ingatan dan ucapan serta doa yang diberikan oleh keluarga dan rakan-rakan. *Tears*

Love. Bie

0 Ulasan