Cak! Bertemu kita sekali lagi disegmen DIY di Blog Bie Mohd Hehehe.. Ala-ala Martha Stewart tak? Wekkk berangan!

Kali ni, Bie nak kongsikan pengalaman buat sendiri jambangan bunga coklat a.k.a DIY Chocolate Bouquet untuk yang tersayang. Tahun ni, Bie buat keputusan untuk buat sendiri jambangan coklat ni. Sebab kalau tempah dan beli diluar mau harganya daripad 50-300 ringgit, mengikut jenis coklat yang anda mahu. Semakin mahal harga coklat, semakin mahallah jambangan bunga anda.

Maka, untuk Bie yang selalu suka buat sendiri. Sedaya upaya Bie cuba semaksimal mungkin mencari langkah penjimatan. Kita buat sendiri sebab nak jimatkan? Kalau buat sendiri, tapi harga lebih mahal, lebih baik tempah je. Hehehe..



Jadi, coklat-coklat yang Bie gunakan ni. Semuanya Bie beli dekat Kedai MESRA, Stesen Minyak Petronas sebab masa tu, dia ada buat jualan murah untuk semua coklat. Minima, kena beli sekurang-kurangnya 2 jenis coklat yang sama. 

Total semua coklat hanya RM60

So, untuk bahan-bahan buat Jambangan coklat ni ialah;
  • Kertas pembalut hadiah/kertas bunga (Beli Di Kedai Bunga Cinta Mele, GM Klang)
  • Pita salofan
  • gabus bunga
  • Coklat (Mesra, Petronas)
  • Reben
  • Sedikit bunga/daun untuk hiasan
Berikut, langkah-langkah yang Bie lakukan dalam proses membuat jambangan bunga coklat ni.












Tarraaa, dah siap!
Happy Convocation Day Baby. Muah!

Bye! Thank you for reading

2 Ulasan

  1. kertas kak Bie pakai tue kertas pe ea??boleh x buatkn video kak Bie 😍😍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Diana, kertas tu memang ada jual kat kedai bunga. Memang untuk wrap bouquet.. hehe.. Akak beli di Kedai Cinta Mele di sekitar GM Klang. Nanti bila-bila Kak Bie buat tutorial dalam youtube ok? hehe..

      Padam

Terima kasih kerana sudi bertandang ke nabihamashut.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx