Assalamualaikum w.b.t,

Bie jarang nak kongsikan berita-berita sensasi macam ni dalam Blog Bie. Sebab Blog ni, blog santai-santai je, cerita pun santai dipantai, sambil buat kraftangan, kisah keluarga, percutian, dan lain-lain.


Entah kenapa, Bie terpanggil nak kongsikan berita ni. Apatah lagi, isu ini semakin hangat bila Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membantu wanita muda ini membayar denda RM70,000 yang dijatuhkan oleh mahkamah. Ada banyak komen-komen positif dan negatif yang tular dilaman sosial sejak kes doktor gigi palsu yang menjalankan perniagaan tanpa lesen dan pentauliahan ini.

Apa yang menjadi persoalan? Wajarkah doktor palsu ini dibebaskan dan dibantu?

Tidak wajar

Alasannya kerana pesalah hendaklah dihukum agar menjadi pengajaran kepada orang lain supaya lebih bertanggungjawab tentang kesihatan dan nyawa pesakit.

Pesalah sudah mengaku bersalah. Ini "Khilaf"

Tapi, setiap manusia tidak punya peluang ke-2?

Siapa perlu memberi peluang?

Kau?

Aku?

Kita semua.

Ini hanyalah pendapat, pendapat Bie yang sememangnya, tentu sekali dan mungkin berbeza atau sama dengan orang lain.

Tindakan PPIM membantu adalah memberi suatu DIDIKAN SOSIAL kepada kita sebagai orang awam.

Kes ini dianggap luar biasa/jarang berlaku dan "RARE" dalam kalangan kita.

Kes ini juga ibarat spotlight yang menyorot cahaya dan mempengaruhi mata kita supaya melihat, apa sebenarnya rentetan peristiwa dan kesudahannya? Maka, bagi sesiapa yang terlibat didalam kes ini, mereka berperanan memberikan kesudahan yang terbaik. Itu tanggungjawab mereka.

Tanggungjawab untuk apa?

Untuk menunjukkan teladan yang baik dan pengajaran disebalik kisah yang berlaku ini.

Namun, hikmah disebalik pertolongan ini bukanlah 1 kunci membuka ruang dan peluang untuk semua orang menjadi doktor palsu untuk mendapatkan pertolongan sedemikan rupa. Namun, ia menjadi 1 pengajaran untuk semua supaya dapat melihat laluan yang sebenar untuk menjadi/mencapai impian mereka. Impian didalam kes ini adalah menjadi seorang Doktor Gigi.

Tidakkah anda berasa kejam, menghalang impian dan cita-cita seseorang sedangkan anda sendiri punya impian dalam hidup.

Berilah mereka peluang ke-2 kerana semua orang layak untuk mendapatkannya.

Orang awam perlu diberi kesedaran yang lebih menyeluruh terhadap rawatan pergigian yang tidak bertauliah ini. Jangan kerana marahkan nyamuk seekor, habis kelambu dibakar.

Syabas buat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), dan semoga berjaya buat Nur Farahanis Ezzaty Adli. Tidak semua kejayaan/kebahagian itu dimulakan dengan hal yang indah-indah. Tidak semua keburukan itu akan memburuk selamanya. Menyinarlah!

Renungkan

0 Ulasan