Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Ubat gigi Sensodyne adalah antara ubat gigi yang doktor gigi syorkan untuk sensitiviti gigi di mana mempunyai pelbagai produk  menyediakan penyelesaian yang berbeza untuk pengguna. Sensodyne kini memperkenalkan formula baru dalam produknya yang diberi nama;

'Sensodyne Repair and Protect'

Sensodyne Repair and Protect dengan kandungan Novamin sangat membantu dan membaiki gigi sensitif.

Masalah gigi sensitif ni, bukan sahaja tidak menyenangkan tetapi ia juga boleh mengganggu kehidupan seharian kita kan? Maka, 'Sensodyne Repair and Protect' adalah sesuai untuk penggunaan harian biasa ubat gigi untuk gigi, terutamanya untuk gigi sensitif disamping boleh mengekalkan perlindungan sensitiviti dan membolehkan kita menikmati kehidupan sosial dengan keluarga dan kawan


Dulu, Bie langsung tak boleh nak makan Aiskrim dan benda-benda sejuk. Bila gigit je, cepat menangkap ngilu gigi. Rasa ngilu tu memang zuppppp, sampai ke otak kot! Bila Bie dan bertukar menggunakan Sensodyne ni. Bie memang dapat rasakan perubahannya. Rasa ngilu bila makan aiskrim atau air sejuk/benda sejuk memang kurang rasa ngilu. Bie akan teruskan pemakaian Sensodyne ni, Insyaallah lama kelamaan rasa ngilu ni akan berakhir juga. Amin.

Apabila kita menggunakan ubat gigi yang betul untuk gigi sensitif. Maka, ubat gigi tersebut boleh membantu pengguna menikmati kelegaan daripada sensitiviti gigi. Selamat tinggal gigi sensitif, lepas ini mereka boleh terus menikmati makanan dan minuman yang mereka suka, tanpa rasa ngilu gigi lagi.

Untuk keterangan lanjut mengenai Sensodyne boleh layari laman web Sensodyne, dan uolls boleh check samada uolls mempunyai gigi sensitif  atau tidak melalui panel Online Check Sensodyne Tooth Sensitivity Check disitu :)

Bye!

1 Ulasan

  1. Each Sensodyne toothpaste uses one of three main ingredients to help relieve sensitivity, Potassium nitrate, Stannous fluoride or NovaMin. Potassium nitrate works to soothe sensitivity pain by calming the nerves in your teeth. Stannous fluoride forms a protective barrier over the sensitive areas of your teeth. www.goodsamdental.org

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi bertandang ke nabihamashut.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx