Membaca berita mengenai pertukaran alamat tempat menetap membuatkan Bie terpanggil berkongsi pengalaman Bie dan suami menukar alamat Daftar Pemilih. 

Memandangkan kami berdua berasal daripada negeri yang berlainan, Suami berasal daripada Kelantan dan Bie pula berasal daripada Johor. Kami sepakat nak tukar alamat tempat mengundi menjadi 1 tempat saja.


Lepas berbincang, kami sepakat pilih tempat mengundi. Dimana kami bermastautin. Sebab apa? Sebab kami tidak mahu menentukakan nasib tempat lain yang merupakan bukan tempat kami tinggal.

Siapa yang tinggal di Kelantan dan Johor? Ya, keluarga kami. Tapi, kami tidak berada disana dan bermastautin disana. Kan?

Tapi, pengalaman menukar alamat tempat mengundi bukanlah semudah A.B.C. Ia memerlukan pengorbanan masa, tenaga dan mungkin wang ringgit. Sedangkan dalam zaman canggihan teknologi ini. Kita boleh memperbaiki lagi proses ini, seriring dengan kecanggihan teknologi yang sedia ada.

Berikut Cara-cara Bie dan suami menukar alamat.

2 Mei 2017, Bie dan suami ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk membuat pertukaran alamat.

Tukar alamat di MyKad?


Semua tanggapan SALAH berkenaan tukar alamat MyKad, menyebabkan ramai orang tak nak tukar alamat MyKad kan? Sebab kita alamat yang tertera/dicetak atas Mykad merujuk kepada alamat tempat tinggal/asal anda. Kalau bertukar, nanti orang tak tahu asal atau alamat tetap anda.

Tanggapan itu SALAH!

Jangan silap dan salah lagi ya, tukar  alamat di MyKad bukanlah bermaksud kita tukar MyKad beralamat lama, kepada alamat baru. Ia bermaksud, pertukaran alamat itu hanya berlaku didalam Cip Mykad kita sahaja.

Anda akan disuruh mengisi borang berkenaan. Tik pada "Pertukaran alamat dalam Cip"



Malangnya, semasa hendak menukar alamat. Kad pengenalan Bie sudah rosak dibahagian Cip dan hendaklah ditukarkan kepada kad pengenalan yang baru.

Maka, Bie perlu membayar RM10 untuk tukar ke myKad yang baru. Bayar, dan tunggu giliran dipanggil untuk ambil gambar dan proses di kaunter. Keadaan di JPN dan mana-mana agensi/jabatan kerajaan seperti biasa. Masih sesak dan penuh dengan orang, Alhamdulilah, sesetengah jabatan menggunakan sistem penggiliran yang sistematik.

Bye-bye muka 18 tahun. Hehehe..


Mykad Rosak

Pertukaran alamat dalam cip tidak berjaya dilakukan sekiranya MyKad anda rosak ya! Tukar Mykad baharu dulu dengan kos RM10.

2 hari kemudian, 4/5/2017 - Bie ambil mykad baru yang telah siap. Ambil 1 nombor dan isi semula borang berkenaan untuk proses pertukaran alamat didalam cip.


Setelah dipanggil, mereka akan mulakan proses pertukaran alamat tersebut berdasarkan borang yang telah diisi. cas sebanyak RM2 dikenakan bagi proses tersebut.

Siap!

Kini, anda perlu ke pejabat pos pula untuk membuat proses pertukaran alamat tempat mengundi.

Nah! Disinilah proses yang tertangguh dan menyebabkan Bie masih belum berkesempatan untuk ke Pejabat Pos dan menukar alamat tempat mengundi. Tangguh punya tangguh, 9 Mei 2018 secara rasminya diumumkan sebagai tarikh mengundi.


Nasib baik, suami Bie berkesempatan untuk ke pejabat pos dan menukar alamat tempat mengundi beliau ke alamat kediaman kami sekarang. Sedih! dan Bie akui silap Bie bertangguh ke pejabat pos.

Perkongsian seterusnya ialah Pengalaman/Prosedur Tukar Alamat Pusat Mengundi di Pejabat POS

Namun, dalam hal ini juga. Bie hendak ketengahkan suatu sistem atau proses yang boleh mengelakkan kita daripada bertangguh/terlupa/keliru menukar alamat tempat mengundi ini.Rakyat sangat terikat dengan jadual kerja dan kehidupan yang padat dan terhad. Bila mereka ada masa untuk melakukan sesetengah perkara. Mudahkan proses dan urusan itu.

1. Alamat tempat mengundi perlu dimasukkan terus ke dalam cip Mykad rakyat Malaysia. Suruhanjaya Pemilih Malaysia(SPR) hanya perlu membaca/mengambil data tersebut daripada JPN
2. Proses yang panjang dan melompat-lompat daripada 1 jabatan ke jabatan yang lain memakan masa yang lama dan menyukarkan rakyat untuk menukar alamat tempat mengundi.
3. SPR hendaklah mengadakan "Kempen Menukar Alamat Tempat mengundi" setahun sebelum pilihan raya umum dijangka diadakan.
4. Booth SPR yang selalunya ada di pasaraya dan mall hendaklah bersistem dan boleh menukar terus alamat tempat mengudi yang sedia ada kepada alamat yang baru. Bukan hanya untuk tujuan mendaftar sebagai pemilih sahaja.
5. SPR perlu mewujudkan 1 sistem aplikasi mudah alih (mobile friendly) dan membolehkan pemilih untuk menukar alamat mereka secara diatas talian (on-line)


Semoga pada masa akan datang, SPR dapat menambahbaik sistem pertukaran alamat mengundi yang lebih bersistematik. Jika ada lagi cadangan lain, mungkin kalian boleh tambah di ruangan komen.

2 Ulasan

  1. Kalau dah umum tarikh mengundi, betul ke dah tak boleh tukar alamat mengundi?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masih boleh ditukar, tapi ambil masa proses 3 bulan. Jadi, tempat mengundi masih tertakluk pada tempat mengundi yang lama.

      Padam

Terima kasih kerana sudi bertandang ke nabihamashut.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx