Assalamualaikum W.B.T

Susulan Tati Skincare memenangi kes tuntutan saman fitnah sebanyak RM3 juta, Bie jadi terpanggil nak buat satu blog entri mengenai kes ini. Apa-apa pun alhamdulilah, kes sudah selesai dan pengasas produk kosmetik Tati Skincare, Norashikin Muhammad berharap perkara ini dapat dijadikan sebagai pengajaran buat kita semua.

Walaupun kes ini antaranya ada melibatkan seorang blogger wanita dalam kalangan blogger-blogger dia Malaysia yang berterusan mengeluarkan artikel berunsur fitnah yang mengaitkan produk Tati Skincare. Namun, Bie nak jadi natural dan tidak berpihak kepada sesiapa. Sesungguhnya keputusan mahkamah adalah dibuat oleh individu yang selayaknya setelah mengenalpasti masalah dan bukti yang ada.

Hal ini sekaligus menjadikan pengajaran kepada diri dan kita semua supaya tidak menyelar mana-mana pihak secara terang-terangan meski kita ada bukti kajian yang dibuat oleh kerajaan. Pleaseeeee ingat semua, kerajaan juga boleh melakukan kesilapan dan kita sebagai rakyat boleh menyaman kerajaan sekiranya terdapat apa-apa kecurangan pada mana-mana agensinya.


Kata Norashikin “Alhamdulillah keputusan mahkamah memihak kepada kami berhubung kes saman fitnah yang difailkan Tati Skincare. Tujuan kami adalah untuk membersihkan nama daripada terus-terusan difitnah oleh blogger ini. Bukan satu artikel yang dikeluarkan, sebaliknya sampai berbelas-belas artikel fitnah yang ditulis olehnya sejak dari bulan Januari 2017 hingga April 2017.

“Selain buat fitnah mengenai produk Tati, dia turut menggunakan gambar peribadi saya dan meninggalkan komen-komen tidak elok sehingga menganggu kehidupan peribadi saya. Kalau ada masalah atau tidak puas hati dengan produk kami, bukan ini caranya. Yang kami pelik, individu ini bukan merupakan pengguna produk Tati Skincare. Tak tahu apa niat dia berbuat demikian,” kata Norasyikin kepada KopiPlanet.com.

Norasyikin ditemui oleh pihak KopiPlanet.com.pada majlis sidang media Tati Skincare yang diadakan di ibu kota pada November yang lepas. Turut hadir ialah tiga lagi pengasasnya iaitu Norhayati Norhasyima, Maradina Najib dan Tanti Rahayu Abdul Halim.

Pada 22 November lalu, Mahkamah Kota Bharu, Kelantan telah mengarahkan individu tersebut (defendan) untuk membayar kepada Tati Skincare (plaintif) sebanyak RM3 juta berhubung penulisan artikel berbaur fitnah yang ditulis olehnya.

Dalam pada itu, Peguam yang mewakili Tati Skincare iaitu Md Faiez Md Suhaimi turut memohon agar setiap blogger di luar lebih beretika dalam menulis artikel yang ingin disiarkan.

“Setiap pekerjaan ada etikanya, begitu juga blogger. Individu ini menulis artikel tentang perkara tidak benar dan fitnah terhadap anak guam saya. Antara artikelnya ialah produk Tati Skincare ialah produk timbang kilo, mendakwa pengasasnya pergi umrah dengan menggunakan hasil penipuan terhadap orang ramai dan menyebarkan cerita produk anak guam saya ialah produk beracun.



“Sehubungan itu, anak guam mengambil tindakan mahkamah bagi membersihkan nama mereka. Sebelum diteruskan dengan tindakan mahkamah, pihak kami ada menjalankan proses mediasi (perbincangan) dengan defendan dan memintanya menurunkan artikel di laman blognya. Namun demikian, dia tetap berdegil sehingga akhirnya kes ini dibawa ke mahkamah dan Alhamdulilah terbukti anak guam saya difitnah,” jelasnya.

Ujarnya lagi, pihaknya berharap agar netizen tidak menggunakan media sosial dan internet untuk menghentam mana-mana pengasas produk sebaliknya jika ada masalag terus berhubung dengan pihak berkaitan daripada menerbitkan artikel yang sama sekali tidak benar.

Tati Skincare mula dilancarkan pada 2015 dan sehingga kini ia sudah mengeluarkan 11 jenis produk, antaranya krim pemutih, gincu, maskara dan bedak kompak.

Sumber : KopiPlanet.com

0 Ulasan