Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulilah, majlis berjalan lancar pada 13/1/2019 yang lepas. Sempena menyambut ulang tahun kelahiran Zuhaira yang ke-2 pada 11/1/2019 dan ulang tahun kelahiran Naqib yang ke-4 pada 28/2/2019 yang akan datang. Bie celebrate 2-2 orang sekaligus. Hehehe. Jimat belanja, tak perlu keluarkan modal yang berasingan kan? Terima kasih kepada semua kerana sudi memenuhi undangan kami sempena ulang tahun kelahiran #ZNBabies. Terima kasih juga kepada keluarga, saudara-mara, sahabat handai yang membantu menolong dan memeriahkan majlis.























Syukur, sekali lagi Bie dapat DIY majlis sendiri. Kalau dulu DIY majlis perkahwinan, majlis akikah, now majlis birthday pula. Selagi mama ada kudrat. Mama akan DIY semampu boleh untuk anak-anak. Boleh je kalau Bie nak hire event planning setup semuanya. Tapi, Bie nakkan kepuasan sebab dapat buat sendiri disamping dapat berjimat cermat. Bagi sesiapa yang follow IG bie @biemohd. Mereka akan tahu, Bie buat persiapan untuk parti ni sejak bulan 11 tahun lepas tau. Gigih kan!?

Kredit gambar @alpha.moments
Lokasi Private Homestay @teratak_sofea
Kek daripada @madamaqilahcakehouse
Katering @kateringmakndak
Popcake @crazepop
Cookies by @kakakookies
Decoration by @biemohd
Backdrop by @printing.bigideas
Roti jala & creampuff by @mixbakelicious
Tshirt by @kedaijersikita2468
BBQ @kambingbbqmukmin
Cake Topper by @caketopperbyyusri

dan semua vendor-vendor yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis kami. Terima kasih kami ucapkan 🎉

Bie akan kongsikan moment dan aktiviti DIY Bie secara berperingkat-peringkat k. Stay tuned :)


0 Ulasan