Kebetulan Cik Bie menemani suami yang ada business meeting di Terengganu, Cik Bie pun tumpang berjoli sakan kat Cherating. Serius! Pantai, langit, pemandangan semua cantik terbentang depan mata. Senang cerita, memang release tension habis kalau bercuti kat sini. Kebetulan masa Cik Bie pergi ni, masa musim cuti sekolah. Malangnya, masa tu hujung tahun dan laut bergelora. Ombak memang besar sangat dan amaran "Red Flag"ditunjukkan. Kami tak berani mendekati pantai.







Bilik Comel dan selesa ni menghadap laut (Sea View), kat sini Kalau tak silap ada lebih kurang 205 bilik.  Pilihan dari jenis bilik Superior, Deluxe, Grand Deluxe, Junior Suite, Cherating Suite dan juga Penthouse. Range harga juga berpatutan daripada RM161/malam hingga RM550/malam. Korang boleh terjah agoda.com, Booking.com dan sebagainya untuk tawaran harga terkini.







Ini pulak pemandangan depan, restaurant a.k.a cafe dia tempat kami sarapan pagi. Makanan hotel memang simple dan biasa-biasa je. Tapi, apa yang Cik Bie tak boleh lupakan disini ialah PUDING ROTI dia. Sumpah! lain dari yang lain tau. Cik Bie tak pernah makan puding roti yang macam tu. So, antara banyak-banyak tarikan. Cik Bie paling rindu puding roti je. Ohoi! haha









Ada piano kat lobi









The End, Bie <3

2 Ulasan

  1. menarik sangat...

    teringin nak pergi..

    namun kalau saya pergi solo rasanya tak berbaloi melainkan bersama isteri tercinta dan anak-anak tersayang.

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi bertandang ke nabihamashut.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx