Penulis Blog Golongan di Tindas? | Isu ni bukanlah isu yang baru kalau kita nak bahaskan. Tapi, isu ni kerap dan selalu berlaku pada golongan blogger yang selalunya dah buat JOB tapi tak dibayar/dibuat senyap oleh client. Sedih! Kerja dah siap, tapi tak dibayar.

Bie bukan nak menangkan golongan Blogger. Ada je segelintir blogger yang bersikap, dapat barang/ambil service dan buat senyap (tak buat write-up) yang dijanjikan. Tapi itu bukan Bie dan kawan-kawan blogger Bie. Diorang semua jujur dalam buat semua tugasan yang ditawarkan. Bila kita fikir-fikir balik, kenapa hal ni berlaku? Bie selalu nak elak benda-benda macam ni daripada berlaku dalam kerjaya sampingan Bie sebagai Blogger. Sejak mula menulis blog pada tahun 2007, sangat banyak penindasan yang diterima membuatkan Bie belajar sesuatu daripada situasi tu.


Antara step yang Bie buat untuk elak ditipu/pending payment oleh client ialah;

1. Buat Invoice atas nama client dan senaraikan job yang dimahukan oleh client, setiap Job ada harga dia. Kalau korang bagi diskaun, tulis diskaun siap-siap dan bagi total harga. Kemudian emel atau WA pada mereka, beserta syarat. Apabila semua job telah siap mengikut tarikh yang dipersetujui. Client hendaklah membayar dalam tempoh 14-30 hari bekerja. Letak sekali no.acc korang kat situ. Bila diorang dah bayar, emelkan semula resit pembayaran dan close the task (setel) korang boleh simpan untuk rujukan akan datang. Mana tahu, 1 hari nanti LHDN datang mintak bayar cukai. Opss! hehe..


2. Untuk job lebih daripada 500-1000, jangan lupa minta wang pendahuluan sebanyak 10-30% sebelum memulakan tugasan anda. Itu adalah hak anda, sebab semua kerja perlukan modal kan? Kalau nak pergi event ke, lokasi jejauh ke, kan kena keluarkan duit minyak dan sebagainya. Takkan nak guna duit sendiri semuanya, kalau client yang tawarkan job tu memang big company dan terkemuka, InsyaAllah. selalunya tak ada masalah dengan mereka. Tapi, yang masalah selalu berlaku apabila dapat job daripada agent/orang tengah yang selalunya daripada kalangan blogger juga.

3. Hati-hati dalam pemilihan job, lebih-lebih dari Job yang diberikan oleh orang tengah. Kadang-kala mereka mengatakan Job tersebut adalah NON-PAID job. Tetapi, kita akan dapat servis dan barang daripada client yang mereka handle. Dalam masa yang sama, diorang bagi 10 mukasurat syarat/task yang kita kena buat untuk diorang seolah-olah Job Review tersebut adalah job berbayar ratusan ringgit, job yang mungkin orang tengah tersebut tak sempat buat/sengaja sub pada orang lain yang sanggup buat untuk kepentingan diorang (wallahualam). Segala mak nenek diorang nak, sampai 3 blog post (Pre-Current-post), video, social media posting (FB/IG/Twitter), bagi rating kat FB Page, comment FB Post, datang premis, dan macam-macam lagi. Dia ingat semua tu amal jariah ke?



4. Disebabkan Bie rasa, ini adalah 1 perniagaan. Bie daftarkan servis job review ni bawah 1 syarikat berdaftar bawah SSM dengan nama BIEMOHD Resources. Ya, inilah yang Bie buat selama ni. SOP ni ikut naluri dan hati Bie sendiri. Bie tak contohi sesiapa, Bie buat sebab Bie just rasa semua ni perlu. Perkongsian Bie ni sebagai cadangan untuk semua, lebih-lebih lagi kalau korang adalah blogger terkenal dan banyak followers. Bie ni just blogger cabuk je, tulis blog pon sejak 2007. Macam kereta lama, dah semput... hehehe..



Tapi, dalam situasi berhati-hati juga. Bie pun ada terlepas pandang, lagi-lagi untuk job yang murah dan bawah RM100, selalunya Bie tak akan sediakan invoice untuk job yang murah ni. Selalunya, Bie ambil job yang murah dan free job adalah untuk tujuan charity/sedekah dan niat membantu peniaga dalam mengembangkan bisnes mereka.

Malangnya, ada juga yang tak bayar dan buat-buat lupa. Bila ditanya, katanya tak ada dalam rekod`Google Form - Maknaya dia kata Bie tak isi Google Form. Mujur Bie simpan bukti mengatakan Bie dah isi Google form tu. Lepas tu, dia minta link-link blog post dan social media FB/IG link semua. 1 hal, Bie nak korek semua tu demi RM30. Tapi, bagi Bie itu hak aku, integriti aku. Kalau nak diikutkan, link social media atau gambar-gambar IG akan dipadam dalam tempoh 30 hari daripada tarikh posting. Nasib baik semua tu masih ada lagi.

Bila ditanya, wow! simply cakap. Kalau tak ada dalam rekod. Dia tak akan bayar. Kalau dah lama sangat dan tak get back pada dia. Dia tak akan bayar. Soooo senang bermain dengan kerja yang orang dah buat. Itu maknanya tak bertanggungjawab. Blogger dah siapkan apa yang sepatutnya dia buat, bila blogger dah deliver. Adalah menjadi tanggungjawab client/orang tengah untuk melangsaikan hutang tersebut mengikut waktunya. Blogger buat kerja ikut waktu, ikut dateline yang sepatutnya. Tapi bila tang payment, korang boleh delay dan buat-buat lupa. Adil ke?


Harapannya, berkuranganlah masalah penindasan terhadap golongan blogger. Ya, kita menulis mulanya kerana suka-suka. Tapi, bila ia dah berubah kepada sejenis servis. Ia adalah perniagaan yang perlu kita lakukan sebaik mungkin dan sehati-hati mungkin demi mengelakkan sebarang penipuan dan penindasan. Kalau tak, masakan Blogger merupakan 1 kerjaya kan? tengok ke contoh sedia ada macam Cik Epal, Irine Nadia, Abang Nara, Siakap Keli dan sebagainya.

Semuanya bermula daripada penulisan. Lindungi Hak Anda!! Semoga kita dapat bekerjasama dengan aman dan damai. InsyaAllah.

3 Ulasan

  1. Terima kasih atas perkongsian.. sy baru ja dapat job review.. entri ini sgat membantu sy... terutama ttg invois tu.. sy baru tau nak buat mcm mana.. pening2 juga nak buat.. sy dtg sini pun lepas baca review blog dr Abg Ben Ashaari

    BalasPadam
  2. Bagusnya info macam ni untuk para blogger semua. Anyway follow sini :)

    BalasPadam
  3. salam perkenalan bie.. bagus sangat entry ni.. kadang2 kita terlepas pandang perkara penting yg boleh buat bukti.. thanks for sharing.. saya baru follow bie.. jemput datang blog sy ye www.ceriteraibu.com

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi bertandang ke nabihamashut.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx