Minggu lepas, sebagai memenuhi undangan wedding kazen Cik Bie di Kuantan, Pahang. Last minit Cik Bie sambar E-Red Hotel, Kuantan, Pahang, Malaysia ni kat Agoda dengan harga RM 150 satu malam. Campur harga tax duty, servis dan sebagainya.Total yang kena dibayar ialah RM178, mahal ke murah untuk bilik Business?

Cik Bie rasa dah cukup murah kot.

Kalau check in hotel ni, sediakan siap-siap cash RM100 ya, sebagai secure payment walaupun payment keseluruhan Cik Bie dah bayar siap-siap di Agoda. Ada bagusnya jugak tinggalkan secure payment ni. Untuk mengelakkan kita terlupa check out dan pulangkan kad hotel. Benda ni pernah berlaku kat Cik Bie masa menginap disalah sebauh hotel di Kota Kinabalu, Sabah. Selambe je, Cik Bie balik menonong dengan tak check out langsung sebab diorang tak ambil up front payment/secure payment masa kita check in.



>> Follow me in Instagram @biemohd <<



Slip wifi, hanya terhad kepada 2 devices sahaja.


Sesuai dengan motto, PAY LESS FOR LUXURY mungkin visi dan misi hotel ni. Bak kata husband Cik Bie, diorang ni try hard jugak untuk nampak luxury. For me, hotel ni memang cukup selesa dan murah untuk 1 keselesaan separa luxury. Kalau nak dibanding dengan hotel 5 bintang memang jauh beza sangat-sangat. Tapi dengan harga RM150 satu malam dah cukup buat Cik Bie sekeluarga berpuas hati.










Sarapan pun, dalam tahap pertengahan juga. Tak terlalu istimewa dan sedap. Tapi dalam katagori memuaskan

daripada 5 bintang, Bie kategorikan hotel ni 3.5/5 Not bad kan? Sebab apa, sebab SOP (standard of Procedure) hotel ni, house keeping akan check bilik sebelum kita check out. Jadi, terselamat seluar kesayangan En.Z daripada tertinggal di bilik hotel berkenaan.

sesetengah hotel, kita boleh check out macam tu je. Kalau tertinggal apa-apa.. memang nasiblah.. Berbeza dengan hotel ni.. dah lama Cik Bie tak mengalami situsi SOP macam ni.




Muka Abang NAqib tak mandi lagi, bangun tidur terus turun sarapan pagi.
Lepastu, pergi jalan-jalan ke Pantai Teluk Cempedak.


0 Ulasan