Tak pernah berjodoh walaupun dah berkali-kali datang Kuantan ni | Selalunya, sebab tak sanggup nak beratur panjang. Akhirnya hari ni, berjodohan juga kita ya Kula Cakes, Kuantan.


Trivia tentang Kula Cakes, Kuantan


1. Dibuka jam 11 pagi hingga 7 malam. 

2. Tidak menerima tunai (cash), semua pembayaran dalam bentuk cashless. (DebitCard/Credit card, e-wallet dan qrpay) sahaja. 

3. Mango Cheesecake merupakan kek yang paling popular di Kula Cakes. 

4. Berhadapan dengan Menara Teruntum, Kuantan, Pahang. 

5. Diasaskan oleh Puan Lila Wadi





Kedai buka pukul 11. Tapi, pukul 10.30 CikBie dah tercegat depan kedai menunggu giliran. Itu pun, kedai dah dikerumun ramai orang. Kita redah juga.. 

Sampai giliran, beli-beli terus balik. Lain kalilah, kita lepak duduk makan sambil menjamah suasana tamannya disini ya. InsyaAllah


Alamat : Kula Cakes, Kuantan, 96, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang

Nombor Telefon : 017-9711396

Waktu Perniagaan : 11 pagi hingga 7 malam.

Facebook Page : Kula Cakes

Instagram : Kula Cakes


2 Ulasan

  1. selalu kalau baca review, mesti akan kata orangnya sangat ramai, mesti sangat sedap kan ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya semestinya ramai orang. Bie pun kena beratur juga menunggu giliran.

      Padam

Terima kasih kerana sudi bertandang ke nabihamashut.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx