Belajar Fasa-Fasa Bulan dengan Oreo | Ini adalah pelajaran pertama untuk Naqib dan Zuhaira, hari ini merupakan subjek Sains & Teknologi. Jadi, Bie memilih untuk mengajar mereka tentang fasa-fasa bulan.


Untuk pembelajaran, Bie akan lebih menekankan penggunaan Bahasa Inggeris berbanding Bahasa Melayu kerana kecenderungan anak-anak Bie kepada Bahasa Inggeris. Dulu, 2 tahun Naqib bersekolah di Brainy Bunch dan Zuhaira pula bersekolah di Little Empire Childcare Centre. Jadi, penggunaan  Bahasa Inggeris tu lebih banyak berbanding Bahasa Melayu ketika pembelajaran. 

Tapi dirumah, kami mengunakan Bahasa Melayu secara maksium sebagai bahasa pertuturan. Matlamatnya adalah menggalakkan anak-anak menguasai kedua-dua bahasa dalam kehidupan mereka.

Disini, Bie kongsikan serba sedikit kenangan Bie dan suami menjadi Cikgu untuk anak-anak kami dirumah dan aktiviti pembelajaran yang kami lakukan. Semoga dapat memberi idea dan manfaat kepada ibu bapa diluar sana yang ingin memberikan pendedahan homeschooling kepada anak-anak mereka sepanjang tempoh kita berPKP ini.

Kelmarin, Bie mulakan pelajaran subjek Sains bersama anak-anak dengan Pengenalan Fasa-Fasa Bulan dengan menggunakan biskut Oreo sebagai bahan pengajaran. Berikut perkongsiannya;

Bahan-Bahan :
  1. 1-2 bungkus Biskut Oreo (lebih pun boleh, sebab nanti akan lebih banyak masuk dalam mulut berbanding digunakan untuk membentuk bulan)
  2. Pinggan
  3. Pisau makan atau sudu (tidak tajam)
  4. Gambar bumi
  5. Gambar Matahari
  6. Kertas latihan (printable disini)










4 Ulasan

  1. seronok dapat spend masa dgn anak2 ni..saya dulu weekend jer dpt spend masa dgn anak2 sebab kerja..

    salam perkenalan Bie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu fuzy, agaknya Allah beri peluang untuk kita lebih banyak masa untuk bersama mereka. Alhamdulilah..

      Salam perkenalan daripada Bie juga, Keep in touch k..

      Padam
  2. menarik ni, Bie. anak2 akan minat beri tumpuan utk belajar, kan. oreo depan mata, memang syok la :)
    salam kenal, Bie. #Biters

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu aida, Bie pun cari banyak cara nak berikan tarikan supaya anak-anak sentiasa berminat untuk belajar setiap masa.

      Salam kenal daripada Bie juga. terima kasih untuk kunjungannya.

      Padam

Terima kasih kerana sudi bertandang ke nabihamashut.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx