Assalamualaikum semua, hari ini Bie nak luahkan rasa gembira sebab bulan 6 yang lepas Bie dapat hadiah Cricut Maker daripada suami tercinta. Sebenarnya, dah lama dah Bie intai peluang untuk beli Cricut ni. Malangnya, Cricut ni tak ada dijual di Malaysia walaupun dia sebenarnya Made In Malaysia. pelik kan?

Jadi, pengeluar asal dia memang daripada US, cuma hardware sahaja dibuat di Malaysia. Tunggu punya tunggu, akhirnya Bie dapat tahu Spotlight Store ada jual Cricut ni. Kiranya Spotlight ni macam official distributer Cricut di Malaysia.

Untuk sesiapa yang suka berkreativiti dengan kertas, kain, kayu dan sebagainya. Sesuai sangat untuk beli Cricut maker ni. Kiranya macam toys dan permainan untuk kitalah. Kalau orang lelaki suka main Playstation. Kita orang perempuan main Cricut. 

Harga untuk Cricut Maker ialah RM3000, masa Bie beli ada diskaun, hanya RM2500 (free shipping)


Tapi, baru-baru ni. Bie dapat tahu Cricut Official Store dah mula bertaapk di Shopee dan Lazada. Katanya, masih ada barang-barang Cricut yang sedang menjalani pemeriksaan untuk mendapatkan kelulusan daripada Sirim. Bie dah tak sabar-sabar nak beli 1 lagi barang Cricut, iaitu heat transfer. Heat transfer ni, jenis portable dan mudah guna untuk aktiviti buat T-shirt dan sebagainya. Dulu, masa DIY T-shirt Hari Jadi gigih juga Bie guna seterika untuk transfer artwork atas permukaan T-shirt.


Hopefully, lepas ni akan lebih banyak barang-barang Cricut yang masuk dalam Malaysia. Bie ingat PKP kali ni, Bie nak gunakan peluang ni untuk buat sebanyak mungkin hobi yang dah lama Bie pendam. InsyaAllah, semoga Allah mempermudahkan. Amin..

 

0 Ulasan