Tentang NM | Assalamualaikum dan salam perkenalan Bie ucapkan kepada pembaca blog NabihaMashut.Com, tahniah kerana menjadi pembaca blog ini. Ala-ala menang anugerah je bunyinya kan. Untuk sesiapa yang baru mengenali diri Bie. Bie selalunya dipanggil dengan nama Bie atau Cik Bie. Boleh panggil mana-mana nama yang kalian suka k. Jangan yang pelik-pelik sudah lah ya. 


Bie dah menulis blog sejak tahun 2006 lagi, masa tu dok tulis macam-macam perkara ala-ala Facebook dah. Yelah, zaman tu kan masih Friendster dan Myspace kan. Tak boleh nak tulis status panjang-panjang. Bie pulak jenis suka nak tulis dengan panjang lebar, makanya... Bloglah jadi pilihan Bie tulis segala macam jenis cerita tentang kehidupan Bie ni (masa tu fikir nak tulis je, macam lah ada orang nak baca kan) hehe..

Dulu, blog Bie ni, nama dia Blog Jalinan Cinta (www.jalinan-cintaku.blogspot.com) sebelum ditukar kepada BieMohd.com, kemudian ditukar kepada nama aasl Bie www.nabihamashut.com. Jadi, kalau korang pernah baca entri-entri dalam ni pada zaman jalinan-cintaku atau biemohd.com tu, penulisnya tetap sama. Akulah tu, haha.. Dulu, Bie suka share cerita tips perkahwinan, DIY, senang cerita bab-bab kahwinlah. Masa zaman semua benda nak buat sendiri, excited dan suka berjimat cermat punya pasal dan kesannya, 1 sen pun Bie tak berhutang masa majlis perkahwinan. Happy gilerrrr.. Kalau korang masih nak baca entri lama tentang hal-hal bride-to-be dan perkahwinan, boleh ke menu "perkahwinan"

Alhamdulilah, sekarang ni, dah berkahwin, dah beranak pinak pun. Bie banyak kali fikir nak stop menulis. Penulisan dah lebih banyak di Facebook dan Instagram je. Tapi, blog ni dah macam darah daging Bie dah. Nak cuba stop, tapi akan balik semula menulis. Walaupun tulisan tu sekadar resepi yang mungkin semua orang dah tau pun. Tak apalah! gian nak menulis punya pasal. Dulik apa kan?

So, Bie pun kekal menulis sampai sekarang. Ada masa, Bie akan tulis di Blog, banyak masa Bie akan menulis dan hantar karya Puisi dan Cerpen di majalah atau surat khabar. Itulah Bie, kalau korang nak tahu. Bie orangnya biasa-biasa je, kalau korang jumpa kat luar pun jenis biasa-biasa. Tapi, Bie jenis suka fikir benda yang luar biasa. Daripada belajar zaman Diploma sampai ke Master, semunya dalam bidang IT, tiba-tiba fikiran luar biasa ni membuat lonjakan paradigma ke bidang fesyen. Gila pelikkk kan? untuk tahu tentang kerjaya, karya dan DIY dalam bisnes.

Maka, terhasil lah bisnes yang Bie asaskan iaitu jenama MARHUNA. MARHUNA adalah tempat Bie luahkan fikiran luar biasa tu supaya dapat tolong lebih ramai wanita diluar sana untuk berhijab serta berfesyen dengan selesa, berani dan yakin selain dapat melahirkan keunikan tersendiri kepada pemakainya. Jemput jenguk-jenguk ke www.marhuna.com

Mungkin pelik bagi sesetengah orang. Tapi sebenarnya kalau korang kenal Bie, korang tak akan pelik kerana dengan sesungguhnya Bie memang lahir-lahir je dah jumpa benang, gunting, jarum dan segala mak nenek mesin jahit kerana ibu (Pn.Marhuna) memang meniaga menjahit pakaian sejak tahun 1986 lagi.


Prinsip hidup Bie ialah, FAMILY FIRST. Tanpa family, kita ni bukan sesiapa. Bie akan gembirakan keluarga dan utamakan mereka dulu dalam kehidupan. Biar Bie bersusah-susah asalkan mereka senang. Itu dah cukup buat Bie puas.

Oklah, Bie rasa, cukup-cukup sudah, cukup sampai disini saja.. Ewah! Haaa.. kan dah sampai aku karok pulak kat sini. Terima kasih kerana sudi membaca blog Bie, Bie akan kongsikan banyak tips, dan info-info bermanfaat kat korang k.

Jangan lupa follow Bie di Instagram tau Nabiha Mashut untuk perkongsian DIY dan banyak lagi.

Wasalam. Muah!




Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian ini. Esok kita sambung lagi dengan perkongsian yang lain ya. InsyaAllah. Jemput follow IG Bie : https://www.instagram.com/nabihamashut

0 Ulasan