Resepi Terung Balado: Resepi Nusantara Kegemaran Sepanjang Zaman
Terung balado – siapa yang tidak suka? Kalau anda penggemar masakan pedas dan berperisa, resepi ini pasti menggoda selera. Bila saya buat, memang habis licin kena ratah begitu sahaja! Hari ini, saya ingin berkongsi resepi terung balado kegemaran ramai. Jadi, kalau anda ada terung di dapur, jom cuba resepi mudah ini. Selamat mencuba! 😍
Resepi Terung Balado/Berlada
Bahan-Bahan:
1 biji terung panjang saiz besar (dipotong memanjang)
2 cawan minyak masak
Bahan-Bahan Kisar:
6 biji cili kering kurus (pedas)
7-8 biji cili kering gemuk (tidak pedas)
Segenggam kecil ikan bilis
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
Cara-Cara:
Potong dan Goreng Terung:
Belah empat terung dan potong memanjang lebih kurang 4 inci.
Panaskan minyak dalam kuali dan goreng terung hingga lembut. Angkat dan ketepikan.
Sediakan Sambal Balado:
Gunakan sedikit minyak gorengan tadi untuk menumis bahan kisar.
Tumis hingga pecah minyak dan naik bau yang wangi.
Perasakan Sambal:
Masukkan garam dan gula secukup rasa untuk menyeimbangkan rasa pedas dan manis.
Campurkan Terung:
Masukkan terung goreng ke dalam sambal dan gaul hingga sebati. Masak sebentar dan hidangkan panas.
Kongsikan hidangan ini bersama keluarga atau rakan, dan nikmati kenikmatan terung balado yang penuh rasa. Selamat mencuba! 🍲
#DapurCikBie #ResepiMarhuna #ResepiTerungBalado #Terung #ResepiLaukPauk #LaukTengahari #MarhunaMalaysia
0 Ulasan
Terima kasih atas komentar anda!