Salam sejahtera buat semua, Minggu lepas, saya telah menunaikan janji saya. Semestinya kalian tertanya-tanya, janji apa yang telah saya kotakan itu. bukan?

Ceritanya begini, Semasa saya masih lagi belajar dalam semester 5 di Kampus UiTM Johor. Abang Nazmi Yaakub (wartawan bahagian Sastera Berita Harian) pernah meminta saya untuk menolongnya dengan menghantar isu yang berkaitan dengan sastera di Kolum E-mel & Anda dalam sisipan Sastera yang sering disiarkan pada hari isnin. Namun, pada ketika itu saya tidak dapat menolongnya kerana sedang menghadapi peperiksaan akhir. Maka, saya telah berjanji kepadanya untuk menghantar e-mel apabila saya selesai menghadapi peperiksaan. Akhirnya, baharu minggu lepas saya dapat menunaikan janji saya itu. Maka, minggu ini e-mel saya tersiar di akhbar. Berikut, adalah isu yang saya cuba ketengahkan dalam dunia hari ini.


Muka Surat 22, Akbar Berita Harian - 25 Januari 2010



Keratan "E-mel" yang saya ajukan







**Besar harapan saya supaya pemantapan aspek sastera ini dimajukan dan dimasyhurkan kepada anak bangsa sejak mereka di bangku sekolah rendah lagi =)

1 Ulasan

Terima kasih kerana sudi bertandang ke nabihamashut.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx