Hari ini, 2 Februari 2010. Permulaan kepada karya pertama saya pada tahun ini. Pagi-pagi lagi, setibanya di pejabat, saya terus mengambil 3 naskah akbar; News Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro kerana itulah rutin harian saya sebelum memulakan kerja. (Kalau tak banyak kerja, kalau banyak. Sampai ke petang pun saya tak sempat nak membaca akhbar). Saya dan Atikah (rakan praktikal) sama-sama membaca akhbar tersebut pagi tadi. Mungkin juga sudah menjadi kelaziman saya untuk membuka halaman "Hati" dalam sisipan Variasi di Harian Metro, kerana saya sedia maklum sisipan tersebut hanya memuatkan 1 novel bersiri dan 2 buah sajak pada setiap hari isnin.

Hati berbunga riang bila melihat nama saya terpapar di situ (tidak tengok tajuk dahulu) hehe.. Ini adalah sajak pertama saya yang tersiar di akhbar. Saya cukup gembira. Kalau boleh, 1 pejabat saya nak beritahu. hehe..ada juga 2-3 orang (yang saya gelar orang tidak kacak selalu jeles) cemburu apabila sajak saya tersiar. Lebih-lebih lagi ada nama penuh saya disitu. Hehee..saya tahu mereka hanya bercanda. Saya tidak ambil hati pun, malah merasa gembira secara TOTAL pada hari tu. Terima kasih buat semua, khasnya kepada Abang Enal yang selalu membantu saya mendapatkan keratan akhbar digital ini (mesti dia happy sebab saya masukkan nama dia dalam blog ini)


Muka surat 9, Sisipan Variasi, Harian Metro 2 Februari 2010


Keratan Sajak "Mencanting"









**Kredit foto daripada Zainal Abidin. Terima kasih daun keladi yaaa =)

0 Ulasan