Hari ini, saya dah berkobar-kobar nak pergi menderma darah di pejabat. Kempen derma darah yang dianjurkan oleh Pusat Derma Darah negara ini berlangsung selama satu hari, bermula dari jam 10 pagi hingga 5 petang. Saya rasakan bahawa hari ini saya benar-benar cukup sihat dan bersedia untuk menderma darah. Ini adalah kali pertama buat saya. Maka, saya rasa teruja untuk melakukannya. Namun, siapa sangka saya tidak dapat menunaikan hasrat murni itu. Ini kerana saya disahkan mengalami kekurangan darah (hemoglobin) dan ion dalam darah saya lemah semasa melalui ujian saringan sebelum melakukan pendermaan darah. Apakan daya, sila cuba lagi di masa akan datang ya nabiha?






**Baharu saya tahu, darah saya jenis AB (hanya menerima dan mendonor kepada golongan berdarah AB sahaja). Atikah juga darah jenis AB, sama seperti saya.hehe =)

2 Ulasan

  1. Assalamualaikum Bie..
    Bie kekurangan darah?? tu kira ok lg Bie..wann ni xleh derma darah..hurmm.. wann dari kecik kene G6PD DEFEN.sama ada kekurangan darah merah atau darah putih.ingatkan dah xde ape2 bile dah besar ni.last hari tu nak derma darah, mase saringan, doktor cakap wann x leh derma darah sampai bila2..sakit G6PD DEFEN ni sampai wann mati.cuma sakit ni xde la sampai menjejaskan kehidupan..cuma alah kepada ubat gegat (ubat lipas),ubat nyamuk dll..darah wann AB+ hurmm..sabar la Bie

    BalasPadam
  2. hmmm..tak pe la wan, mungkin tak ada rezeki kita nak derma darah agaknyer. Hopefully, pasni bie dapat la g menderma. Hehehe..

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi bertandang ke nabihamashut.com. Senang-senang nanti datang lagi ya? Love u'olss. Muahhx