Alhamdulilah, proposal saya yang pertama sudah diterima, pihak penerbitan menyuruh saya menyambung penulisan ke bab seterusnya. Terima kasih buat kak Eja yang memajukan nama saya ke pihak penerbitan. Walaupun projek ini tak se"gah" projek novel-novel sastera yang hebat. Namun, saya rasa saya patut mencuba sesuatu untuk memulakan semula langkah saya dalam bidang penulisan. Terus-terang saya katakan, agak sukar untuk saya mengarang kerana selama 3 tahun saya mengikuti pengajian di UiTM saya sudah lama tidak mengarang (walaupun sebuah cerpen). Buat, rakan-rakan yang membaca. Doakan saya semoga ilham yang Allah kurniakan ini tak akan pernah putus dan dibiarkan berlapuk begitu sahaja. Insya-Allah







**Saya begitu teruja untuk mencuba sesuatu yang baharu. Moga mendapat sinar dihujungnya. Amin..

0 Ulasan