Bertempat di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pada 31 Mei hingga 5 Jun 2010 telah diadakan pementasan teater yang membawa tema "Aku dan Merdeka". Saya dan kawan-kawan, Ainunl Muaiyanah, Hani Salwah, Nissa' Yusof, Masitah Saini, Aidil Khalid, Azizul Ikhwan (ode) dan lain-lain dapat menyaksikan pementasan untuk 2 hari sahaja. Sayangnya, kami tidak dapat hadir untuk menyaksikan pementasan terakhir pada 5 Jun 2010, sabtu atas hal-hal yang tidak dapat dielakkan.

Pementasan yang menarik! itu sahaja yang dapat saya gambarkan kepada sekalian yang membaca entri saya ini. Jika anda turut berada disana, sudah tentu kalian juga dapat merasakannya juga! Sudah tentu!

Dari kanan; Saya dan Masitah Saini

Saya jarang sekali dapat menyaksikan persembahan teater atau drama pentas ini dimana-mana. Sedikit perasaan "teruja" masih berbekas dihati ini.! Kini, baharu saya berpeluang menghayati dan mengenal, apa itu teater. Menurut Aristotle, teater atau drama ialah peniruan kehidupan, sebuah cermin budaya dan suatu bayangan kebenaran. Ya, saya mengakui itu.!

Lewat pementasan teater, kita dapat merasakan bahawa segalanya berada dekat dan hampir dengan kita sebenarnya. Namun, hanya kita yang selama ini tidak sedar akan kehadirannya. Teater lah yang membawa kita untuk berfikir sejenak dan menilai sejauh mana kita peka terhadap kehidupan dan segala yang berlegar-legar disekeliling kita.

Bagi Aristotle, drama atau teater harus dibina daripada tiga kesatuan, iaitu aksi, tempat dan masa. Elemen-elemen inilah yang menyebabkan teater atau drama ialah sebahagian daripada cabang sastera. Selain elemen sastera, drama juga merangkumi elemen-elemen seni yang lain seperti lakon, seni muzik, seni bina, seni busana dan seni tari.

Saya begitu berminat apabila membincangkan aspek tradisi dan seni. Kita (termasuk saya) merupakan generasi masa kini yang terdedah dengan pelbagai budaya yang entah apa-apa (hip hop, punk, dan sebagainya). Kesannya, tradisi dan kesenian melayu semakin dilupakan. Maka, daripada mana mahu kita angkat martabat kesenian ini dimata anak muda masa kini?

Teater! inilah salah satu fungsi teater dalam kehidupan masyarakat masa kini. Semoga pemenang anugerah yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM 500,000.00 dalam pertandingan ini tetap terus berjuang untuk membawa khalayak kepada "sesuatu" dengan lebih dekat lagi.




**Syabas dan terima kasih.

0 Ulasan